Page 334 - malaysia_2017
P. 334
perkhidmatan perniagaan. Permintaan terhadap produk halal sudah pasti
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
menawarkan peluang yang amat besar kepada usahawan tempatan bukan sahaja
di Malaysia malahan di luar negara.
ANUGERAh DESA SEJAhTERA 1MALAYSIA (ADS1M) PERINGKAT
KEBANGSAAN
Majlis Penyampaian ADS1M Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan
oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di MAEPS
Serdang, Selangor. Program Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M)
merupakan gabungan dua buah pertandingan besar peringkat luar bandar; iaitu
Anugerah Desa Cemerlang (ADC) yang menekankan penghakiman aspek-aspek
kemajuan pembangunan kampung; serta pertandingan Anugerah Desa Sejahtera
(ADS) yang menekankan penilaian terhadap ciri-ciri patriotisme dan kemerdekaan
yang dipertahankan pihak kampung.
Tujuan penggabungan kedua-dua pertandingan ini adalah untuk mewujudkan
mekanisme pertandingan yang menyeluruh, sistematik dan konsisten bagi
mengiktiraf kecemerlangan dan pencapaian kampung berdasarkan kepelbagaian
demografi serta keunikan tersendiri; di samping mengelakkan pertindihan dan
kekeliruan masyarakat luar bandar kerana sebahagian besar kriteria penilaian
kedua-dua pertandingan tersebut adalah hampir sama.
Terdapat tiga objektif utama ADS1M iaitu:
i. Merealisasikan program transformasi luar bandar untuk melahirkan
masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan
berdisiplin kerja.
ii. Menyuburkan semangat 1Malaysia, patriotisme merdeka dan nilai-nilai murni
tradisi secara istiqamah di peringkat akar umbi yang merentas sempadan
kaum, agama, budaya serta geografi.
iii. Merangsang kelestarian desa yang maju, menarik dan menguntungkan serta
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
RUMAh BINA NEGARA fELCRA SRI MAKMUR
Keprihatinan KKLW akan desakan hidup masyarakat luar bandar berikutan
peningkatan kos sara hidup yang tinggi telah mencetuskan pelaksanaan Skim
Penempatan Semula Kampung. Ini adalah salah satu transformasi luar bandar yang
dilaksanakan oleh KKLW melalui FELCRA Berhad sebagai agensi pelaksana dalam
menyediakan perumahan Generasi Kedua yang mencukupi dan meningkatkan
334 MALAYSIA
2017

