Page 100 - malaysia_2017
P. 100

PERLEMBAGAAN
        PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA


             Perlembagaan Malaysia juga  dikenali  sebagai Perlembagaan Persekutuan.
             Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen  undang-undang  bertulis
             yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian
             Persekutuan  Tanah  Melayu  1948  dan  Perlembagaan Kemerdekaan  1957.
             Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya
             Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan
             berkuat  kuasa  sejurus  selepas kemerdekaan pada  31  Ogos  1957.  Konsep
             Ketinggian Perlembagaan berdasarkan prinsip:

            •   Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
            •   Menjadi punca kepada semua undang-undang.
            •   Tidak ada sebarang institusi  di  Malaysia yang  boleh  mengatasi kuasa dan
                kedudukan Perlembagaan.
            •   Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan.
            •   Mahkamah  mempunyai  kuasa membatalkan sesuatu  undang-undang  yang
                digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan.
            •   Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi baginda juga
                tertakluk kepada Perlembagaan.

            Perlembagaan dibentuk dengan tujuan:
              •   Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
              •   Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
              •   Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
              •   Alat untuk menyelesaikan masalah.
              •   Menjamin riwayat negara bangsa.
              •   Menjamin keamanan dan kestabilan negara.

            Perlembagaan Malaysia mengandungi  131  Perkara yang  menyentuh  pelbagai
            aspek pemerintahan. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 16 Bahagian iaitu:

            Bahagian I : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan
            Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga
            Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-
            agama lain  boleh  diamalkan  secara aman dan  harmoni. Perlembagaan adalah
            undang-undang  utama persekutuan.  Mana-mana undang-undang  yang tidak
            mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

            Bahagian II : Kebebasan Asasi
            Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk
            hidup  dan  kebebasan; kebebasan  daripada perhambaan dan menjadi buruh
            paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan
            bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan;
            dan hak untuk memiliki harta.

            Bahagian III : Kewarganegaraan
            Seseorang  itu  menjadi  warganegara Malaysia  dengan  cara; dilahirkan  di  sini;
            berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang




              100  MALAYSIA
                                2017
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105