Page 101 - malaysia_2017
P. 101
ibu atau bapa warganegara Malaysia; tinggal secara sah di dalam negara ini untuk
suatu masa yang ditetapkan. Bahagian III juga menyatakan bagaimana seseorang
boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.
Bahagian IV : Persekutuan
Bahagian ini memberi panduan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama
persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk
lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri
dan juga Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.
Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri. Bahagian ini
juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Bahagian V : Negeri-negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang
dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai
kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang di-Pertua
Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing.
Bahagian VI : Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-
negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-
undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri
menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-
duanya boleh menggubal undang-undang.
Bahagian VII : Peruntukan Kewangan
Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau
membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.
Bahagian VIII : Pilihan Raya
Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi
pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua
pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya
Pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian IX : Badan Kehakiman
Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-
perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di
Malaysia. Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah
Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.
Bahagian X : Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenal pasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah
pasukan polis, angkatan tentera dan perkhidmatan pelajaran. Ia juga merangkumi
anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian
serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan
pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh
“Suruhanjaya–suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara
umumnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Bahagian X juga mewujudkan
Pejabat Peguam Negara.
MALAYSIA 101
2017

