Page 296 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 296
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 148
Fasal (1)
a. Perkataan “, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,” dimasukkan
oleh Akta 10/1960, perenggan 27(a), berkuat kuasa dari 01-04-1961. Perenggan 27(b)
Akta yang sama, berkuat kuasa dari 31-05-1960, menggantikan angka “138” dengan
“139”. Fasal yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(2) Dalam Bahagian ini “anggota ex-officio” termasuklah seorang Menteri, Hakim
Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah Besar dan Peguam Negara.”.
b. Akta 26/1963, subseksyen 53(5), berkuat kuasa dari 16-09-1963, mengekalkan angka
asal “138”.
c. Angka “141” digantikan dengan “141a” oleh Akta A354, seksyen 39, berkuat kuasa
dari 27-08-1976.
Fasal (2)
a. Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 14/1962, seksyen 32, berkuat kuasa dari
21-06-1962. Fasal yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(2) Dalam Bahagian ini “anggota ex officio” termasuklah seorang Menteri, Hakim
Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah Besar dan Peguam Negara.”.
b. Akta 26/1963, subseksyen 59(2), seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963, menggantikan
perkataan “Mahkamah Besar” dengan “Mahkamah Persekutuan atau hakim Mahkamah
Tinggi” dan menambahkan selepas itu perkataan “dan ‘Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri’, berhubung dengan mana-mana Negeri, ertinya sesuatu Suruhanjaya
yang menjalankan fungsi-fungsi berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam
Negeri itu dan yang bersamaan taraf dan bidang kuasa dengan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam”.
c. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966, membetulkan kesilapan yang
terdapat dalam Cetakan Semula tahun 1964 dengan menggantikan perkataan “dan”
dengan “atau”.
d. Kemudiannya pula, subseksyen 18(2), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985,
memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan
sebagai sebutan mengenai Mahkamah Agung.
e. Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
rayuan” oleh Akta A885, seksyen 35, berkuat kuasa dari 24-06-1994.
bahagian XI
Tajuk “KUASA-KUASA KHAS MENENTANg PErBUATAN SUBVErSiF, DAN KUASA-
KUASA DArUrAT” digantikan dengan “KUASA KHAS MENENTANg PErBUATAN
SUBVErSiF, KEgANASAN TErANCANg, DAN PErBUATAN DAN jENAYAH YANg
MEMUDArATKAN OrANg AWAM, DAN KUASA DArUrAT” oleh Akta A442,
perenggan 5(a), berkuat kuasa dari 31-12-1978.
per. 149
1. Perkara yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, perenggan 28(a) dan (b), berkuat
kuasa dari 31-05-1960, dan menggantikan Perkara asal yang berbunyi seperti yang berikut:
“149. (1) jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam
oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan, untuk
menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan
sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu, maka apa-apa peruntukan undang-
undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah
walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5,9, atau 10,
atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa
perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi rang Undang-Undang untuk
sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu rang Undang-
Undang yang sedemikian.

