Page 295 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 295

[Perkara  148]      Perlembagaan  Persekutuan                   156

              tafsiran  bahagian  X

              148.  (1)  Sebutan  dalam  Perlembagaan  ini  mengenai  sesuatu
              Suruhanjaya  yang  baginya  Bahagian  ini  terpakai  ialah  sebutan
              mengenai  mana-mana  Suruhanjaya  yang  ditubuhkan  di  bawah
              Perkara 138 hingga 141a, melainkan jika konteksnya menghendaki
              makna yang  lain.

                (2)  Dalam  Bahagian  ini  “anggota  ex  officio”  termasuklah
              Menteri  dan  hakim  Mahkamah  Persekutuan,  Mahkamah  rayuan
              atau  Mahkamah  Tinggi  dan  “Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam
              Negeri”,  berhubung  dengan  mana-mana  Negeri,  ertinya  sesuatu
              Suruhanjaya  yang  menjalankan  fungsi  berkenaan  dengan
              anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri itu dan yang bersamaan
              taraf  dan  bidang  kuasanya  dengan  Suruhanjaya  Perkhidmatan
              Awam.



                                         Bahagian  Xi


                          KUASA  KHAS  MENENTANg PErBUATAN
                       SUBVErSiF,  KEgANASAN TErANCANg,  DAN
                             PErBUATAN  DAN  jENAYAH YANg
                           MEMUDArATKAN  OrANg AWAM  DAN
                                      KUASA  DArUrAT
              perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang
              memudaratkan  ketenteraman  awam, dsb.

              149.  (1)  jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan
              telah  diambil  atau  diancam  oleh  mana-mana  kumpulan  besar
              orang,  sama  ada di  dalam  atau di  luar Persekutuan—
                    (a)  untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang
                        atau  harta,  atau  untuk  menyebabkan  sebilangan  besar
                        warganegara  takut akan keganasan  itu;  atau

                    (b)  untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang
                        di-Pertuan  Agong  atau  mana-mana  Kerajaan  di  dalam
                        Persekutuan; atau

                    (c)  untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan
                        antara  kaum  yang  berlainan  atau  golongan  penduduk
                        yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan;
                        atau
   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300