Page 336 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 336

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  161a
                       1.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 62, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                       2.  lihat Per.  89(7).
                       Fasal  (1),  (2) & (3)
                       Fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  A30,  perenggan  8(a),  berkuat  kuasa  dari  10-03-1971  dan
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                           “(1)  Tertakluk kepada Fasal (2), peruntukan Fasal (2) hingga (5) Perkara 153, setakat
                         yang peruntukan itu berhubungan dengan perizaban jawatan-jawatan dalam perkhidmatan
                         awam,  adalah  terpakai  berhubungan  dengan  anak  negeri  mana-mana  Negeri  Borneo
                         sebagaimana peruntukan  itu terpakai  berhubung dengan orang  Melayu.
                            (2)  Di sesuatu Negeri Borneo Perkara 153 hendaklah berkuat kuasa dengan menggantikan
                         sebutan  mengenai  orang  Melayu  dengan  sebutan  mengenai  anak  negeri  Negeri  itu,  tetapi
                         berkenaan  dengan  biasiswa,  danasiswa  dan  keistimewaan  dan  kemudahan  pendidikan
                         atau  latihan  yang  lain  Fasal  (2)  Perkara  itu  tidak  menghendaki  perizaban  bahagian  yang
                         ditetapkan untuk anak  negeri.
                            (3)  Sebelum  nasihat  diberikan  kepada  Yang  di-Pertuan  Agong  tentang  perjalanan
                         kuasanya di bawah Perkara 153 berhubung dengan sesuatu Negeri Borneo, Ketua Menteri
                         Negeri  yang berkenaan  hendaklah  dirundingi.”.
                       Fasal  (4)
                         a.  Perkataan  “dengan  perubahan-perubahan  yang  dibuat  oleh  Fasal  (2)”  selepas
                           “Perkara  153”  dipotong  oleh  Akta  A30,  perenggan  8(b),  berkuat  kuasa  dari
                           10-3-1971.
                         b.  Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
                           Akta A354, seksyen 43, berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
                       Fasal  (5)
                       Perkataan  “sesuatu  Negeri  Borneo”  digantikan  dengan  “Negeri  Sabah  atau  Sarawak”  oleh
                       Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                       3.  Dalam  nota  bahu,  perkataan  “Negeri-Negeri  Borneo”  digantikan  dengan  “Negeri  Sabah
                       dan  Sarawak” oleh Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat  kuasa dari 27-08-1976.

                       Catatan:
                       Sebutan  dalam  Fasal  (6)(b)  Perkara  161a  Perlembagaan  mengenai  “Sabah”  hendaklah
                       ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai Wilayah Persekutuan Labuan—lihat Akta A585.
   331   332   333   334   335   336   337   338   339   340   341