Page 346 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 346

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  163,  164 &  165

                       1.  Perkara-perkara  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  25/1963,  seksyen  8,  berkuat  kuasa  dari
                       29-08-1963 dan berbunyi seperti yang berikut:
                         “163.  (1)  Ordinan Peraturan-peraturan Darurat 1948, dan kesemua perundangan subsidiari
                         yang  dibuat  di  bawahnya  hendaklah,  jika  tidak  ditamatkan  terlebih  dahulu  melalui  suatu
                         Proklamasi  di  bawah  Fasal  (2),  terhenti  berkuat  kuasa  apabila  habis  tempoh  satu  tahun
                         bermula dari Hari Merdeka atau, jika diteruskan di bawah Perkara ini, apabila habis tempoh
                         satu tahun dari tarikh Ordinan dan perundangan subsidiari itu sepatutnya terhenti berkuat
                         kuasa jika tidak  kerana  penerusan itu atau penerusan yang  terakhir itu.
                            (2)  Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa memansuhkan Ordinan tersebut
                         dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya melalui suatu Proklamasi
                         yang mengisytiharkan  bahawa  tidak perlu lagi untuk mengadakan Ordinan  itu.
                            (3)  Ordinan  dan  perundangan  subsidiari  tersebut  bolehlah  diteruskan  dari  semasa  ke
                         semasa melalui  suatu  ketetapan  setiap  Majlis Parlimen.
                            (4)  Semasa Ordinan tersebut berkuat kuasa mana-mana perundangan subsidiari yang
                         sepatutnya boleh dibuat di bawahnya sebaik sebelum Hari Merdeka bolehlah dibuat dengan
                         sah  di  bawahnya  walaupun  ia  tidak  selaras  dengan  mana-mana  peruntukan  Perlembagaan
                         ini,  dan  Parlimen  boleh,  walau  apa  pun  apa-apa  jua  dalam  Perlembagaan  ini,  meminda
                         atau memansuhkan mana-mana  peruntukannya melalui  undang-undang.
                         164.  (1)  Majlis  Undangan  yang  ditubuhkan  di  bawah  Perjanjian  Persekutuan  Tanah
                         Melayu  1948,  hendaklah  terus  wujud  pada  dan  selepas  Hari  Merdeka  dan  tidak  boleh
                         dibubarkan  sebelum  hari  pertama  dalam  bulan  januari,  tahun  seribu  sembilan  ratus  lima
                         puluh  sembilan.
                            (2)  jika  Suruhanjaya  Pilihan  raya  menasihati Yang  di-Pertuan Agong  bahawa  tidak
                         semunasabahnya  boleh  dilaksanakan  untuk  diadakan  pilihan  raya  ke  Parlimen  mengikut
                         Perlembagaan  ini  sebelum  hari  pertama  dalam  bulan  julai,  tahun  seribu  sembilan  ratus
                         lima  puluh  sembilan,  Yang  di-Pertuan  Agong  pada  bila-bila  masa  selepas  hari  pertama
                         dalam bulan januari, tahun seribu sembilan ratus lima puluh sembilan, melalui Proklamasi
                         meneruskan Majlis Undangan sehingga suatu tarikh yang tidak lewat daripada akhir tahun
                         itu,  sebagaimana  yang  ditentukan  dalam  Proklamasi  itu,  dan  Majlis  Undangan  hendaklah
                         diteruskan dengan  sewajarnya  dan  terbubar pada tarikh itu.
                            (3)  Sehingga  terbubarnya  Majlis  Undangan  Bab  4  dan  5  Bahagian  iV  tidaklah
                         terpakai,  dan  kuasa  Parlimen  di  bawah  Perlembagaan  ini  boleh  dijalankan  oleh Yang  di-
                         Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Majlis Undangan; dan dengan demikian itu,
                         berhubung  dengan  tempoh  yang  berakhir  dengan  terbubarnya  Majlis  Undangan,  sebutan
                         dalam  Perlembagaan  ini,  selain  sebutan  dalam  Perkara  159,  mengenai  Parlimen,  mana-
                         mana satu atau kedua-dua Majlis Parlimen dan sesuatu Akta Parlimen hendaklah masing-
                         masing  ditafsirkan  sebagai  sebutan  mengenai Yang  di-Pertuan Agong  dengan  nasihat  dan
                         persetujuan Majlis Undangan, Majlis Undangan dan sesuatu Ordinan yang diperbuat oleh
                         Yang di-Pertuan Agong dengan  nasihat dan  persetujuan Majlis itu.
                            (4)  Sehingga terbubarnya Majlis Undangan peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah
                         Melayu 1948, yang dinyatakan dalam ruang pertama jadual Kedua Belas hendaklah terus
                         berkuat  kuasa,  tertakluk  kepada  ubah  suaian  yang  dinyatakan  dalam  ruang  kedua  jadual
                         itu dan kepada  ubah suaian selanjutnya yang berikut, iaitu—
                            (a)  bagi  sebutan  mengenai  Negeri  Melayu  atau  Negeri  Selat  hendaklah  digantikan
                               dengan sebutan  mengenai  Negeri;
                            (b)  bagi sebutan mengenai Pesuruhjaya Tinggi hendaklah digantikan dengan sebutan
                               mengenai Yang  di-Pertuan Agong; dan
                            (c)  bagi sebutan mengenai Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan hendaklah digantikan
                               dengan sebutan  mengenai jemaah Menteri,
                         dan  Perkara  61  hendaklah terpakai  dengan ubah suaian  yang perlu.
   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351