Page 342 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 342

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  161f,  161g &  161h
                       Perkara-perkara  ini  ditambahkan  oleh  Akta  26/1963,  seksyen  67,  68  dan  69,  berkuat  kuasa
                       dari  16-09-1963,  dan  dimansuhkan  oleh  Akta  59/1996,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari
                       09-08-1965 yang  berbunyi seperti yang  berikut:
                         “161f.  Walau  apa  pun  apa-apa  jua  dalam  Perkara  152,  sehingga  diperuntukkan  selainnya
                         oleh enakmen Badan Perundangan Singapura, bahasa inggeris, Mandarin dan Tamil boleh
                         digunakan  di  dalam  Dewan  Undangan  Negeri  Singapura,  dan  bahasa  inggeris  boleh
                         digunakan  sebagai  naskhah  sahih  semua  rang  Undang-Undang  yang  akan  dikemukakan
                         atau pindaan-pindaan  kepadanya  yang akan dicadangkan di dalam Dewan itu, dan semua
                         enakmen  Badan  Perundangan  itu,  dan  semua  perundangan  subsidiari  yang  dikeluarkan
                         oleh  kerajaan Singapura.
                         161g.  Tiada apa-apa jua dalam Fasal (2) Perkara 8 atau Fasal (1) Perkara 12 boleh melarang
                         atau  menidaksahkan  mana-mana  peruntukan  undang-undang  Negeri  di  Singapura  bagi
                         pemajuan orang Melayu; tetapi tidak boleh ada apa-apa perizaban bagi orang Melayu mengikut
                         Perkara  153  mengenai  jawatan-jawatan  dalam  perkhidmatan  awam  yang  hendak  diisi
                         dengan  cara  pengambilan  di  Singapura  atau  permit  atau  lesen  bagi  menjalankan  apa-apa
                         perdagangan atau perniagaan  di Singapura.
                         161h.  (1)  Tiada  pindaan  boleh  dibuat  kepada  Perlembagaan  tanpa  persetujuan  gabenor
                         jika  pindaan  itu  adalah  sedemikian  rupa  sehingga  menjejaskan  penjalanan  kuat  kuasa
                         Perlembagaan berhubung dengan Singapura berkaitan dengan mana-mana daripada perkara
                         yang berikut:
                           (a)  kewarganegaraan Singapura, dan sekatan ke atas warganegara Singapura mengenai
                              hak untuk menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen bagi atau dari Singapura, atau
                              untuk  menjadi  ahli  Dewan  Undangan  Singapura,  atau  untuk  mengundi  di  pilihan
                              raya di  Singapura;
                           (b)  keanggotaan  dan  bidang  kuasa  Mahkamah  Tinggi  di  Singapura  dan  pelantikan,
                              pemecatan dan penggantungan  hakim-hakim  mahkamah  itu;
                           (c)  perkara-perkara yang berkenaan dengannya Badan Perundangan Negeri boleh (atau
                              Parlimen  tidak  boleh)  membuat  undang-undang,  kuasa  eksekutif  Negeri  dalam
                              perkara-perkara  itu,  kuasa  untuk  meminjam  bagi  Negeri  dan  perkiraan  kewangan
                              antara Persekutuan  dengan Negeri itu;
                           (d)  penunaian fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan
                              Kehakiman  dan  Perundangan  oleh  suatu  cawangan  yang  ditubuhkan  bagi  Negeri,
                              dan  keanggotaan mana-mana cawangan itu;
                           (e)  agama di dalam Negeri, penggunaan apa-apa bahasa di dalam Negeri atau Parlimen
                              dan  kedudukan istimewa  orang Melayu di Singapura;
                           (f)  penguntukan kepada Negeri, di dalam mana-mana Parlimen yang dipanggil bersidang
                              sebelum  akhir  bulan  Ogos  1970,  mengenai  kuota  ahli  Dewan  rakyat  yang  tidak
                              kurang,  berkadaran  dengan  jumlah  yang  diuntukkan  kepada  Negeri-Negeri  yang
                              lain  yang  menjadi  anggota  Persekutuan  pada  Hari  Malaysia,  daripada  kuota  yang
                              diuntukkan kepada Negeri  pada  hari itu.
                         (2)  Dalam Perkara ini “pindaan”  termasuklah  tambahan  dan pemansuhan.”.
                    bahagian XIII

                       lihat Per. 160(2), takrif “Undang-undang  Persekutuan” dan  “Undang-undang Negeri”.
   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347