Page 341 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 341
[Perkara 161e] Perlembagaan Persekutuan 180
(4) Berhubung dengan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan
oleh undang-undang persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah
atau Sarawak berkenaan dengan kemasukan ke dalam Negeri itu
dan kemastautinan di dalam Negeri itu dan perkara yang berkaitan
dengannya (sama ada atau tidak undang-undang itu diluluskan
sebelum Hari Malaysia), Fasal (2) hendaklah terpakai, kecuali
setakat yang diperuntukkan sebaliknya oleh undang-undang itu,
seolah-olah undang-undang itu telah termaktub dalam Perlembagaan
ini dan hak dan kuasa itu telah dimasukkan antara perkara yang
disebut dalam perenggan (a) hingga (e) Fasal itu.
(5) Dalam Perkara ini “pindaan” termasuklah tambahan dan
pemansuhan.
161f. (Dimansuhkan).
161g. (Dimansuhkan).
161h. (Dimansuhkan).
Bahagian Xiii
PErUNTUKAN SEMENTArA DAN PErALiHAN
undang-undang yang sedia ada
162. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara
ini dan Perkara 163*, undang-undang yang sedia ada hendaklah,
sehingga dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai
kuasa untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan ini, terus
berkuat kuasa pada dan selepas Hari Merdeka, dengan apa-apa
ubah suaian sebagaimana yang dibuat dalamnya di bawah Perkara
ini dan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat oleh undang-
undang persekutuan atau undang-undang Negeri.
(2) jika mana-mana undang-undang Negeri meminda atau
memansuhkan sesuatu undang-undang yang sedia ada yang dibuat
oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, maka tiada apa-apa jua
*CaTaTaN—Perkara ini telah dimansuhkan oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1963 [akta 25/1963]
mula berkuat kuasa pada 29 Ogos 1963—lihat seksyen 8 dan jadual Akta 25/1963. lihat juga
catatan pada Perkara 163.

