Page 345 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 345
[Perkara 163] Perlembagaan Persekutuan 182
163. (Dimansuhkan).
164. (Dimansuhkan).
165. (Dimansuhkan).
pewarisan harta
166. (1) (Dimansuhkan).
(2) (Dimansuhkan).
(3) Mana-mana tanah yang terletak hak pada Negeri Melaka
atau Negeri Pulau Pinang yang sebaik sebelum Hari Merdeka telah
diduduki atau digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Baginda ratu atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam bagi
maksud yang mengikut peruntukan Perlembagaan ini menjadi maksud
persekutuan hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka diduduki,
digunakan, dikawal dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan atau,
mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh pihak berkuasa awam yang
tersebut, selagi tanah itu dikehendaki bagi maksud persekutuan, dan—
(a) tidaklah boleh dilupuskan atau digunakan bagi apa-apa
maksud selain maksud persekutuan tanpa persetujuan
Kerajaan Persekutuan; dan
(b) tidaklah boleh digunakan bagi maksud persekutuan yang
berlainan daripada maksud yang baginya tanah itu telah
digunakan sebaik sebelum Hari Merdeka tanpa persetujuan
Kerajaan Negeri itu.
(4) (Dimansuhkan).
(5) (Dimansuhkan).
(6) (Dimansuhkan).
(7) (Dimansuhkan).
(8) Mana-mana harta yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, kena
rad kepada Baginda ratu berkenaan dengan Kerajaan Melaka
atau Kerajaan Pulau Pinang hendaklah pada Hari Merdeka kena
rad kepada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut
mana-mana yang berkenaan.

