Page 369 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 369
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kedua, bahagian III—(samb.)
“5. Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa pendaftaran boleh
merayu kepada Mahkamah Besar atas perkara undang-undang, tetapi kecuali sebagaimana
yang disebut terdahulu keputusan pihak berkuasa pendaftaran di bawah Bahagian iii
tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.”.
3. Perkataan “dan pihak berkuasa pendaftaran” yang terdapat pada tajuk di atas seksyen 6
dipotong oleh Akta 10/1960, perenggan 33(e), berkuat kuasa dari 01-12-1960.
Seksyen 6
1. Seksyen yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(f), berkuat
kuasa dari 01-12-1960.
2. Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963, memotong perkataan
“dan jadual ini” yang terdapat di hujungnya. Seksyen yang asal berbunyi seperti
yang berikut:
“6. Tertakluk kepada undang-undang persekutuan Menteri dan pihak berkuasa
pendaftaran boleh membuat kaedah-kaedah dan menetapkan borang-borang bagi
maksud menjalankan fungsi mereka masing-masing di bawah Bahagian iii dan
jadual ini.”.
3. lihat perenggan 16(1)(c).
4. lihat Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964, dalam P.U. 82/1964 sebagaimana yang
dipinda oleh P.U. 346/1964, 44/1965, 369/1966, 426/1966.
Seksyen 7
Seksyen yang ada sekarang ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat
kuasa dari 16-09-1963, dan menggantikan seksyen yang dahulu yang berbunyi seperti
yang berikut:
“7. Kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah perenggan (d) Fasal (1) Perkara 14 untuk
membenarkan tempoh yang lebih lama bagi pendaftaran sesuatu kelahiran boleh
dijalankan sama ada sebelum atau selepas pendaftaran itu telah dilaksanakan.”.
Seksyen 8
Seksyen ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 10/1960,
perenggan 33(g), berkuat kuasa dari 01-12-1960:
“8. jika sesuatu perakuan naturalisasi diberikan di bawah Perkara 19 atau
Perkara 20, Menteri hendaklah menghantar suatu salinan perakuan itu kepada pihak
berkuasa pendaftaran.”.
Seksyen 9: lihat seksyen 18.
Seksyen 10
1. Seksyen yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(h), berkuat
kuasa dari 01-12-1960. Seksyen ini dipinda seperti yang berikut:
(a) oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963 yang—
(i) memasukkan perkataan “Fasal (1)” sebelum “Perkara 30” dalam
perenggan (1)(c);
(ii) menggantikan perenggan (1)(e) dan (f) sebagai menggantikan
perenggan (e) yang berbunyi seperti yang berikut:
“(e) sesuatu indeks mengikut abjad bagi semua orang yang disebut
dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) subseksyen ini.”;
(iii) menggantikan subseksyen yang dahulu dengan subseksyen (2) yang berbunyi
seperti yang berikut:
“(2) Bagi maksud seksyen ini—
“warganegara melalui pendaftaran” termasuklah seseorang
warganegara yang mana-mana perenggan (selain perenggan (c))
Fasal (1) Perkara 28 terpakai baginya dan seseorang warganegara
melalui pendaftaran di bawah Perkara 170;
“warganegara melalui penaturalisasian” termasuklah seseorang
warganegara yang perenggan (c) Fasal (1) Perkara 28 terpakai
baginya.”.
(b) oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, yang—
(i) memansuhkan perenggan (1)(e), dan menggantikan perkataan “(a) hingga
(e)” dalam perenggan (1)(f) dengan “(a) hingga (d)”. Perenggan 1(e)
berbunyi seperti yang berikut:

