Page 368 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 368
192 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keDua]
Fungsi Menteri
6. Tertakluk kepada undang-undang persekutuan, Menteri boleh membuat
kaedah-kaedah dan menetapkan borang-borang bagi maksud menjalankan
fungsinya di bawah Bahagian iii Perlembagaan ini.
7. Apa-apa kuasa Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan, bagi maksud
Bahagian iii Perlembagaan ini, tempoh bagi mendaftarkan sesuatu kelahiran
yang berlaku di luar Persekutuan boleh dijalankan sama ada sebelum atau
selepas pendaftaran itu dibuat.
8. (Dimansuhkan).
9. Apa-apa notis yang hendaklah diberikan oleh Menteri kepada mana-mana
orang di bawah Perkara 27 boleh dihantar kepada orang itu di alamatnya yang
akhir diketahui, atau, dalam hal seseorang yang di bawah umur dua puluh satu
tahun (yang bukan seorang perempuan bersuami), kepada ibu atau bapanya
atau penjaganya di alamat ibu atau bapa atau penjaga itu yang akhir diketahui;
dan jika sesuatu alamat yang ke situ notis boleh dihantar kepada mana-mana
orang di bawah seksyen ini tidak diketahui dan tidak dapat ditentukan selepas
siasatan yang munasabah dibuat, notis itu boleh diberikan dengan menyiarkannya
dalam Warta.
10. (1) Menjadi kewajipan Menteri untuk menyusun dan menyenggarakan—
(a) suatu daftar warganegara melalui pendaftaran;
(b) suatu daftar warganegara melalui penaturalisasian;
(c) suatu daftar orang yang kepada mereka perakuan telah dikeluarkan
di bawah Fasal (1) Perkara 30;
(d) suatu daftar orang yang telah melepaskan atau telah dilucutkan
kewarganegaraan di bawah mana-mana peruntukan Bahagian iii
Perlembagaan ini;
(e) (Dimansuhkan);
(f) suatu indeks mengikut abjad bagi semua orang yang disebut dalam
perenggan (a) hingga (d).
(2) Sebutan dalam seksyen ini mengenai warganegara melalui pendaftaran
atau melalui penaturalisasian hendaklah ditafsirkan mengikut Perkara 28
seolah-olah seksyen ini telah dimasukkan antara peruntukan yang baginya
Perkara itu terpakai.
11. jika Menteri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu
kekhilafan terdapat dalam mana-mana daftar yang disusun di bawah seksyen
10, dia hendaklah, selepas memberikan notis kepada orang yang berkenaan
itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi daripadanya yang dipilih
olehnya untuk dibuat, membuat apa-apa perubahan pada daftar itu sebagaimana
yang didapati perlu oleh Menteri bagi membetulkan kekhilafan itu.

