Page 441 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 441
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kesepuluh—(samb.)
(b) Perkataan “dan hendaklah berdasarkan kependudukan Negeri itu sebagaimana
yang ditentukan dalam bancian akhir yang dijalankan sebelum permulaan tahun
kewangan yang terdahulu” digantikan dengan “dan hendaklah berdasarkan unjuran
kependudukan tahunan bagi Negeri itu sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan
Persekutuan dan dihitung menurut bancian kependudukan yang lalu:
Dengan syarat bahawa jika bancian yang lalu itu telah dijalankan satu tahun sebelum
permulaan tahun kewangan, maka pemberian bagi tahun tertentu itu hendaklah berdasarkan
kependudukan, sebagaimana yang ditentukan oleh bancian kependudukan itu.” oleh
Akta A514, perenggan 18(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981.
(c) Perenggan (a), (b), (c) dan (d) yang berbunyi seperti yang berikut digantikan oleh
Akta 503, seksyen 2, berkuat kuasa dari 01-01-1992:
“ (a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar $20 bagi tiap-tiap orang;
(b) bagi 150,000 orang yang berikutnya mengikut kadar $10 bagi tiap-tiap orang;
(c) bagi 250,000 orang yang berikutnya mengikut kadar $6 bagi tiap-tiap orang;
(d) bagi yang selebihnya mengikut kadar $3 bagi tiap-tiap orang,”.
(d) Perenggan (a), (b), (c) dan (d) yang berbunyi seperti yang berikut digantikan oleh
Akta 622, seksyen 2, berkuat kuasa dari 01-01-2002:
“ (a) bagi 50,000 orang yang pertama mengikut kadar rM60.00 bagi tiap-tiap orang;
(b) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar rM8.50 bagi tiap-tiap orang;
(c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar rM9.00 bagi tiap-tiap orang;
(d) bagi yang selebihnya mengikut kadar rM9.50 tiap-tiap orang,”.
Subseksyen (2)
Subseksyen ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963,
seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1965:
“(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika pemberian ikut kepala kena dibuat
berkenaan dengan sesuatu tahun kewangan yang bermula sebelum satu hari bulan januari,
seribu sembilan ratus lima puluh sembilan, maka pemberian itu hendaklah berdasarkan
kependudukan Negeri itu sebagaimana yang ditentukan dalam bancian yang dijalankan
dalam tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh.”.
Bahagian ii
lihat Per. 109(1)(b).
Seksyen 2
1. Perkataan “setiap Negeri” digantikan dengan “setiap Negeri Tanah Melayu” oleh
Akta 26/1963, perenggan 51(a), berkuat kuasa dari 16-09-1963.
2. lihat seksyen 3, 4 & 6(2).
Perenggan (2)(a)
1. Perkataan “bagi sesuatu Negeri” yang terdapat selepas “kos purata” dimasukkan
oleh Akta 25/1963, subseksyen 7(1), berkuat kuasa dari 01-01-1958.
2. Perkataan “jalan-jalan” digantikan dengan “jalan-jalan Negeri di dalam Negeri-Negeri
yang berkenaan” oleh Akta 26/1963, perenggan 51(a), berkuat kuasa dari 16-09-1963.
3. Perkataan “termasuk kos membaiki dan menyenggara apa-apa jambatan,
jejambat atau pembetung yang menjadi sebahagian daripada jalan itu atau
yang bersambung dengannya,” yang terdapat selepas perkataan “jalan Negeri”
dimasukkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 01-01-1963.
4. Perkataan “termasuk kos membaiki dan menyenggara jambatan, jejambat atau
pembetung yang menjadi sebahagian daripada jalan itu atau yang bersambung
dengannya,” dipotong selepas perkataan “jalan Negeri” oleh Akta A514,
perenggan 18(b), berkuat kuasa dari 15-05-1981.

