Page 444 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 444
230 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kesePuluh]
11. Terimaan daripada jualan tanah dan jualan harta Negeri.
12. Denda dan pelucuthakan di dalam mahkamah selain mahkamah persekutuan.
13. Zakat, Fitrah dan Baitulmal dan hasil agama islam yang seumpamanya.
14. Harta karun.
Bahagian iV
PEMBEriAN KHAS KEPADA NEgEri
SABAH DAN SArAWAK
1. (1) Dalam hal Sarawak, pemberian sebanyak rM5,800,000 dalam setiap
tahun.
(2) Dalam hal Sarawak, pemberian yang amaunnya dalam tahun 1964
dan setiap tahun selama empat tahun yang berikutnya ialah masing-masingnya
rM3½ juta, rM7 juta, rM11½ juta, rM16 juta dan rM21 juta, dan dalam
tahun-tahun yang kemudiannya hendaklah ditetapkan mengikut suatu kajian
semula di bawah Perkara 112D.
2. (1) Dalam hal Sabah, pemberian yang amaunnya sama banyak dalam
setiap tahun dengan dua perlima daripada amaun yang hasil bersih yang
didapati oleh Persekutuan dari Sabah itu melebihi hasil bersih yang akan
didapati sedemikian oleh Persekutuan dalam tahun 1963 jika—
(a) Akta Malaysia telah berkuat kuasa dalam tahun itu seperti dalam
tahun 1964; dan
(b) hasil bersih bagi tahun 1963 dihitung tanpa mengambil kira apa-apa
perubahan mengenai apa-apa cukai atau fi yang dibuat pada atau
selepas Hari Malaysia,
(“hasil bersih” ertinya bagi maksud ini hasil yang terakru kepada Persekutuan,
ditolak amaun yang diterima oleh Negeri berkenaan dengan penyerahhakkan
hasil itu).
(2) Dalam hal Sabah, bagi mana-mana tahun sebelum 1968 yang dalamnya
pemberian jalan Negeri yang kurang daripada rM5,179,500, suatu tambahan
kepada pemberian itu yang amaunnya sama banyak dengan kekurangan itu.
3. Dalam mana-mana satu hal, bagi mana-mana tahun sebelum tahun 1974
dan, jika pada permulaan tahun 1974 Badan Perundangan Negeri mempunyai
kuasa untuk membuat undang-undang mengenai pembawaan penumpang dan
barangan mengikut jalan darat atau mengenai kenderaan jalan yang didorong
secara mekanik, maka dalam masa kuasa itu berterusan, suatu pemberian yang
sama banyaknya dengan kos yang kena dibayar oleh Negeri itu dalam tahun
itu bagi jabatan pengangkutan jalan Negeri itu.

