Page 443 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 443

[jaDual             Perlembagaan  Persekutuan                   229
              kesePuluh]

              6.  (1)  Pemberian jalan Negeri yang kena dibayar kepada Sabah atau Sarawak
              dalam setiap tahun 1964 dan 1965 hendaklah dibayar mengikut kadar rM4,500
              sebatu  berkenaan  dengan  perbatuan  di  Sabah  sepanjang  1,151  batu  dan  di
              Sarawak  mengikut  apa-apa  amaun  sebagaimana  yang  dipersetujui  antara
              Kerajaan  Persekutuan  dengan  Kerajaan  Negeri.

                (2)  Selepas itu, seksyen 2 hingga 5 hendaklah terpakai bagi pemberian jalan
              Negeri  yang  kena  dibayar  sedemikian  dengan  ubah  suaian  yang  berikut:
                    (a)  standard minimum yang disebut dalam seksyen 2(a) ialah standard
                        minimum yang ditentukan bagi jalan-jalan Negeri di dalam Negeri
                        itu; dan
                    (b)  mana-mana  batang  jalan  yang  disenggarakan  oleh  sesuatu  pihak
                        berkuasa tempatan atas perbelanjaan Negeri hendaklah dikira sebagai
                        disenggarakan  oleh jabatan  Kerja raya  Negeri  itu.

                                          Bahagian  iii
                              SUMBEr HASiL YANg DiSErAHHAKKAN
                                         KEPADA  NEgEri

              1.  Hasil  daripada  kedai  tuak.

              2.  Hasil  daripada  tanah,  lombong  dan  hutan.
              3.  Hasil daripada lesen-lesen selain lesen-lesen yang berkaitan dengan bekalan
              dan  perkhidmatan  air,  kenderaan  yang  didorong  secara  mekanik,  pepasangan
              elektrik  dan  pendaftaran  perniagaan.

              4.  Duti  hiburan.
              5.  Fi  di  dalam  mahkamah,  selain  mahkamah  persekutuan.

              6.  Fi  dan  terimaan  berkenaan  dengan  perkhidmatan  tertentu  yang  diberikan
              oleh jabatan-jabatan Kerajaan Negeri.

              7.  Hasil lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga
              luar  bandar,  majlis-majlis  tempatan  dan  pihak-pihak  berkuasa  tempatan  yang
              seumpamanya  selain—
                    (a)  perbandaran-perbandaran  yang  ditubuhkan  di  bawah  mana-mana
                        Ordinan  Perbandaran;
                    (b)  lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga
                        luar  bandar,  majlis-majlis  tempatan  dan  pihak-pihak  berkuasa
                        tempatan  yang  seumpamanya  yang  mempunyai  kuasa  di  bawah
                        undang-undang  bertulis  untuk  memegang  simpan  hasilnya  dan
                        mengawal perbelanjaan hasilnya itu.

              8.  Terimaan  berkenaan  dengan  air  mentah.
              9.  Sewa  mengenai  harta  Negeri.

              10.  Bunga  atas  baki  wang  Negeri.
   438   439   440   441   442   443   444   445   446   447   448