Page 65 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 65

[Perkara  29]       Perlembagaan  Persekutuan                    42

                                       Bab  3—Tambahan

              kewarganegaraan komanwel


              29.  (1)  Mengikut kedudukan Persekutuan di dalam Komanwel,
              tiap-tiap orang yang menjadi warganegara Persekutuan menikmati,
              oleh sebab kewarganegaraannya itu, taraf warganegara Komanwel
              bersama-sama dengan warganegara negara-negara Komanwel yang
              lain.


                (2)  Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,
              mana-mana  undang-undang  yang  sedia  ada  hendaklah  terpakai
              berhubung dengan warganegara republik ireland yang bukan juga
              warganegara Komanwel sebagaimana undang-undang itu terpakai
              berhubung dengan  warganegara Komanwel.



              perakuan kewarganegaraan

              30.  (1)  Apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang
              berkenaan  dengan  kewarganegaraannya  terdapat  keraguan,  sama
              ada  mengenai  fakta  atau  mengenai  undang-undang,  Kerajaan
              Persekutuan  boleh  memperakui  bahawa  orang  itu  ialah  seorang
              warganegara.

                (2)  Sesuatu  perakuan  yang  dikeluarkan  di  bawah  Fasal  (1),
              melainkan  jika  dibuktikan  bahawa  perakuan  itu  telah  didapati
              dengan cara fraud, representasi palsu atau penyembunyian apa-apa
              fakta  material,  hendaklah  menjadi  keterangan  konklusif  bahawa
              orang yang dimaksudkan olehnya ialah seorang warganegara pada
              tarikh perakuan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa keterangan
              bahawa dia ialah seorang warganegara pada tarikh yang lebih awal.


                (3)  Bagi  maksud  menentukan  sama  ada  seseorang  dilahirkan
              sebagai  warganegara  Persekutuan,  apa-apa  soal  sama  ada  dia
              dilahirkan  sebagai  warganegara  suatu  negara  lain  hendaklah
              diputuskan  oleh  Kerajaan  Persekutuan  dan  perakuan  Kerajaan
              Persekutuan  mengenai  soal  itu  adalah  konklusif  (melainkan  jika
              dibuktikan bahawa perakuan itu telah didapati dengan cara fraud,
              representasi palsu atau  penyembunyian sesuatu fakta  material).


                (4)  (Dimansuhkan).
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70