Page 66 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 66

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  30
                       Fasal  (1)
                         a.  Akta 10/1960, perenggan (2)(a), berkuat kuasa dari 01-12-1960, menggantikan perkataan
                           “pihak  berkuasa  pendaftaran”  dengan “Kerajaan Persekutuan”.
                          b.  lihat jadual Kedua, Bahagian iii,  perenggan 10(1)(c).

                       1.  Akta 26/1963, subseksyen 24(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963, menambahkan Fasal (3) dan
                       (4) dan meminda Fasal (2) dengan menggantikan perkataan “Perkara ini” dengan “Fasal (1)”.
                       2.  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  09-08-1965,  memotong  perkataan  “;  dan
                       Fasal  ini  hendaklah  terpakai  bagi  soalan-soalan  yang  berbangkit  di  bawah  Perlembagaan
                       Negeri  Singapura  dan  juga  bagi  soalan-soalan  yang  berbangkit  di  bawah  Perlembagaan  ini”
                       yang  terdapat  di  hujung  Fasal  (3)  dan  memansuhkan  Fasal  (4)  yang  berbunyi  seperti  yang
                       berikut:
                           “(4)  Mana-mana perakuan yang dikeluarkan di bawah Fasal (1) boleh menyatakan bahawa
                         orang  yang  dimaksudkan  itu  ialah  atau  bukanlah  seorang  warganegara  Singapura,  dan
                         Fasal (2) hendaklah terpakai dengan sewajarnya; dan jika Perlembagaan Negeri Singapura
                         membuat  peruntukan  bagi  kerajaan  Negeri  mengeluarkan  perakuan  kewarganegaraan
                         Singapura,  Fasal  (2)  hendaklah  terpakai  berhubungan  dengan  perakuan  yang  dikeluarkan
                         di  bawah  peruntukan  itu  sebagaimana  Fasal  itu  terpakai  bagi  perakuan  yang  dikeluarkan
                         di  bawah Fasal (1).”.

                       3.  lihat jadual Kedua, Bahagian iii,  perenggan 16(2)(c).
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71