Page 64 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 64
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 28a—(samb.)
Fasal (4)
a. Perkataan “atau dengan Singapura” yang terdapat selepas “Negeri Borneo” dan perkataan
“atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, di dalam Negeri Singapura,” yang terdapat
selepas “Negeri-Negeri Borneo” dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa
dari 09-08-1965.
b. Perkataan “suatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (4) & (5)
Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (6) & (7): lihat jadual Kedua, Bahagian iii, subseksyen 4(2).

