Page 113 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 113

[Perkara  56]       Perlembagaan  Persekutuan                    65

                (3)  Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-
              Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam mana-
              mana persidangan, Timbalan Yang di-Pertua atau, jika Timbalan
              Yang di-Pertua juga tidak hadir atau jika jawatannya juga kosong,
              seorang  ahli  lain  yang  ditentukan  oleh  kaedah-kaedah  tatacara
              Dewan  Negara,  hendaklah bertindak  sebagai Yang  di-Pertua.

                (4)  jika ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri dipilih menjadi
              Yang di-Pertua, maka dia hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan
              Undangan Negeri itu  sebelum menjalankan  fungsi  jawatannya.

                (5)  Seseorang  ahli  yang  dipilih  menjadi  Yang  di-Pertua  atau
              Timbalan Yang di-Pertua hilang kelayakan untuk memegang jawatan
              itu  jika  selepas  tiga  bulan  dari  pemilihannya  untuk  memegang
              jawatan  itu  atau  pada  bila-bila  masa  selepas  itu  dia  ialah  atau
              menjadi  anggota  mana-mana  lembaga  pengarah  atau  lembaga
              pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam
              hal  ehwal  atau  urusan,  mana-mana  organisasi  atau  badan,  sama
              ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan
              komersial,  perindustrian  atau  pengusahaan  lain,  sama  ada  atau
              tidak  dia  menerima  apa-apa  saraan,  hadiah,  untung  atau  faedah
              daripadanya:

                Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai
              jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan
              atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau
              mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang
              bersifat khairat atau sosial, dan ahli itu tidak menerima apa-apa
              saraan, hadiah, untung  atau faedah  daripadanya.


                (6)  jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan
              Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua di bawah Fasal (5),
              maka Dewan Negara hendaklah mengambil keputusan mengenainya
              dan  keputusan itu  adalah muktamad.



              Yang di-pertua dan timbalan-timbalan Yang di-pertua Dewan
              rakyat

              57.  (1)  Dewan  rakyat  hendaklah  dari  semasa  ke  semasa
              memilih—

                    (a)  sebagai Yang di-Pertua Dewan rakyat, seseorang sama
                        ada  yang  menjadi  ahli  Dewan  rakyat  atau  yang  layak
                        dipilih  menjadi ahli yang sedemikian;  dan
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118