Page 127 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 127
[Perkara 66] Perlembagaan Persekutuan 72
lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis
Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam
rang Undang-Undang itu atau apabila rang Undang-Undang itu
dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.
(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh
hari selepas sesuatu rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya
memperkenankan rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan
Mohor Besar dicapkan pada rang Undang-Undang itu.
(4a) jika sesuatu rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh
Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal
(4), rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang
apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut
cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.
(4b) (Dimansuhkan).
(5) Sesuatu rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-
undang apabila diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (4a), tetapi tiada
undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga undang-undang itu
telah disiarkan, tanpa, walau bagaimanapun, menjejaskan kuasa
Parlimen untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang-
undang atau untuk membuat undang-undang yang berkuat kuasa
ke belakang.
(6) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini atau dalam Perkara 68
boleh menidaksahkan mana-mana undang-undang yang mengesahkan
aku janji yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan yang bermaksud
bahawa rang Undang-Undang yang dimaksudkan oleh aku janji
itu tidak akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
diperkenankan olehnya kecuali mengikut aku janji itu.
sekatan terhadap pembawaan rang undang-undang dan
pencadangan pindaan-pindaan yang melibatkan pencukaian,
perbelanjaan, dsb.
67. (1) Sesuatu rang Undang-Undang atau pindaan yang membuat
peruntukan (sama ada secara langsung atau secara tidak langsung)
bagi—

