Page 125 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 125

[Perkara  65]       Perlembagaan  Persekutuan                    71

              persaraan paksa bagi anggota perkhidmatan awam am melainkan
              jika  dia  terlebih  dahulu  meletakkan  jawatannya  atau  ditukarkan
              kepada suatu  jawatan  lain  dalam perkhidmatan  awam  am  itu.


                (3)  Orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara
              dan  Setiausaha  Dewan  rakyat  sebaik  sebelum  permulaan  kuat
              kuasa  Fasal  ini  hendaklah,  melainkan  jika  mana-mana  orang  itu
              belum mencapai umur lima puluh lima tahun dan sudah memilih
              untuk  menjadi  anggota  perkhidmatan  awam  am  Persekutuan,
              terus  memegang  jawatan  masing-masing  atas  terma-terma  dan
              syarat-syarat  yang  tidak  kurang  baiknya  daripada  yang  terpakai
              baginya  sebaik  sebelum  permulaan  kuat  kuasa  sedemikian  dan
              tidaklah  boleh  dipecat  daripada  jawatan  kecuali  atas  alasan  dan
              mengikut  cara  yang  sama  seperti  seorang  hakim  Mahkamah
              Persekutuan,  dan  dalam  hal  ini  representasi  yang  disebut  dalam
              Fasal  (3)  Perkara  125  hendaklah  representasi  yang  dibuat  oleh
              Yang  di-Pertua  Dewan  Negara  atau,  mengikut  mana-mana  yang
              berkenaan, Yang di-Pertua  Dewan rakyat.

                (4)  (Dimansuhkan).

                (5)  (Dimansuhkan).



                                Bab  5—Tatacara  perundangan

              penjalanan kuasa  perundangan

              66.  (1)  Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang hendaklah
              dijalankan  melalui  rang  Undang-Undang  yang  diluluskan  oleh
              kedua-dua Majlis Parlimen (atau, dalam hal yang disebut dalam
              Perkara 68, oleh Dewan rakyat) dan, kecuali sebagaimana yang
              diperuntukkan  selainnya  dalam  Perkara  ini,  diperkenankan  oleh
              Yang di-Pertuan Agong.

                (2)  Tertakluk kepada Perkara 67, sesuatu rang Undang-Undang
              boleh bermula di  dalam mana-mana  satu  Majlis  Parlimen.

                (3)  Apabila  sesuatu  rang  Undang-Undang  telah  diluluskan
              oleh Majlis Parlimen tempat rang Undang-Undang itu bermula,
              maka rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis
              Parlimen yang satu lagi; dan rang Undang-Undang itu hendaklah
              dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan
              olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130