Page 126 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 126

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  65—(samb.)
                       Fasal  (3)
                          a.  Perkataan  “Mahkamah  Agung”  digantikan  dengan  “Mahkamah  Persekutuan”  oleh
                           Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat  kuasa dari 16-09-1963.
                          b.  Subseksyen 18(2) Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa
                           sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
                           Mahkamah Agung.
                          c.  Perkataan  “Agung”  digantikan  dengan  perkataan  “Persekutuan”  oleh  Akta  A885,
                           seksyen 7, berkuat  kuasa dari 24-06-1994.
                       Fasal  (2) & (3)
                       Fasal-fasal  yang  ada  sekarang  dimasukkan  oleh  Akta  A837,  seksyen  5,  berkuat  kuasa  dari
                       20-11-1992, dan menggantikan Fasal-fasal  yang dahulu yang berbunyi seperti yang  berikut:
                            “(2)  Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan rakyat hendaklah dilantik oleh
                         Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada Fasal (3), setiap orang hendaklah memegang
                         jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana
                         yang  diperuntukkan  oleh  Parlimen  melalui  undang-undang,  melainkan  jika  dia  terlebih
                         dahulu meletakkan jawatannya:
                            Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah boleh dikira sebagai menghalang Yang di-Pertuan
                         Agong  daripada  membuat  pelantikan  itu  daripada  kalangan  anggota  perkhidmatan  awam
                         yang  baginya  Bahagian  X  terpakai  bagi  apa-apa  tempoh  yang  lebih  pendek  sebagaimana
                         yang  difikirkannya  patut,  dan  proviso  ini  hendaklah  disifatkan  telah  menjadi  bahagian
                         perlu Perkara ini mulai dari Hari Merdeka.
                            (3)  Setiausaha  Dewan  Negara  dan  Setiausaha  Dewan  rakyat  boleh  dipecat  daripada
                         jawatan atas alasan dan mengikut cara yang sama sebagaimana seorang hakim Mahkamah
                         Agung, kecuali bahawa representasi yang disebut dalam Fasal (3) Perkara 125 hendaklah
                         representasi  yang  dibuat  oleh  Yang  di-Pertua  Dewan  Negara  atau,  mengikut  mana-mana
                         yang berkenaan, oleh Yang  di-Pertua Dewan rakyat.”.
                       Fasal  (4)
                         a.  Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 14/1962, perenggan 15(a), berkuat kuasa
                           dari  21-06-1962,  dan  menggantikan  Fasal  yang  dahulu  yang  berbunyi  seperti  yang
                           berikut:
                             “(4)  Sebelum melantik mana-mana anggota kakitangannya, Setiausaha Dewan Negara
                           hendaklah  berunding  dengan  Yang  di-Pertua  Dewan  Negara,  dan  Setiausaha  Dewan
                           rakyat pula hendaklah berunding dengan Yang di-Pertua Dewan rakyat.”.
                          b.  lihat Akta  Perkhidmatan Parlimen 1963  [akta  12/1963].
                          c.  Fasal  ini  yang  dinyatakan  di  bawah  seperti  yang  berikut,  dipotong  oleh  Akta  A837,
                           perenggan 5(b),  berkuat kuasa dari 20-11-1992:
                             “(4)  Kecuali  sebagaimana  yang  diperuntukkan  dengan  nyata  selainnya  oleh  Perkara
                           ini,  kelayakan  untuk  pelantikan  dan  syarat-syarat  perkhidmatan  Setiausaha  Dewan
                           Negara dan Setiausaha Dewan rakyat, dan anggota kakitangan Majlis-Majlis Parlimen,
                           bolehlah  dikawal selia  oleh  undang-undang persekutuan.”.
                       Fasal  (5)
                         a.  Perkataan “anggota kakitangannya” digantikan dengan “anggota kakitangan Parlimen”
                           oleh Akta  14/1962,  perenggan 15(b), berkuat  kuasa dari 21-06-1962.
                         b.  Fasal  ini  yang  dinyatakan  di  bawah  seperti  yang  berikut,  dipotong  oleh  Akta  A837,
                           perenggan 5(b),  berkuat kuasa dari 20-11-1992:
                             “(5)  Setiausaha  Dewan  Negara,  Setiausaha  Dewan  rakyat  dan  anggota  kakitangan
                           Parlimen adalah hilang kelayakan daripada menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen
                           atau Dewan Undangan mana-mana  Negeri.”.
                    per.  66
                       Fasal  (1)
                       Perkataan  “,  kecuali  sebagaimana  diperuntukkan  selainnya  dalam  Perkara  ini,”  ditambahkan
                      selepas  perkataan  “dan”  oleh Akta A584,  perenggan 2(a), berkuat  kuasa dari 20-01-1984.
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131