Page 237 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 237
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 122aa & 122ab
Ditambahkan oleh Akta A885, seksyen 16, berkuat kuasa dari 24-06-1994.
per. 122b
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 17, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
2. Dalam nota bahu, perkataan “Mahkamah Agung dan” digantikan dengan “Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah rayuan dan” oleh Akta A885, perenggan 17(a), berkuat kuasa dari
24-06-1994.
3. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, meminda—
a. Fasal (3), dengan memotong perkataan “atau di Singapura” yang terdapat selepas
“Mahkamah Tinggi di Borneo” dan perkataan “atau Singapura mengikut mana-mana
yang berkenaan” yang terdapat di hujung Fasal.
b. Fasal (4), dengan menggantikan perkataan “Hakim Besar semua Mahkamah Tinggi”
dengan “Hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi”.
Fasal (2)
Perkataan “Agung” digantikan dengan perkataan “Persekutuan” oleh Akta A885,
perenggan 17(c), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (3)
a. Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
b. Perkataan “Borneo” digantikan dengan perkataan “Sabah dan Sarawak” oleh Akta A885,
perenggan 17(d), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
4. lihat Perkara 122a(2), 122c & 123.
5. Perkataan “Persekutuan” digantikan dengan “Agung” oleh Akta A566, subseksyen 16(1),
berkuat kuasa dari 01-01-1985.
Fasal (1) & (4)
Digantikan oleh Akta A885, perenggan 17(b) dan (e), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal asal berbunyi seperti yang berikut:
“(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan
(tertakluk kepada Perkara 122c) hakim-hakim yang lain Mahkamah Agung dan Mahkamah
Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana
Menteri, selepas berunding dengan Majlis raja-raja.
(4) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang
hakim, selain Ketua Hakim Negara atau Hakim Besar, maka jika pelantikan itu ialah
pelantikan ke Mahkamah Agung, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Hakim
Besar setiap Mahkamah Tinggi dan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke mana-mana
satu Mahkamah Tinggi, dengan Hakim Besar mahkamah itu.”.
Fasal (5)
Perkataan “Perkara 122a(2)” digantikan dengan “Perkara 122aa(2)” oleh Akta A885,
perenggan 17(f), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (6)
a. Dimasukkan oleh Akta A566, subseksyen 16(2), berkuat kuasa dari 01-01-1985.
b. Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan perkataan “Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah rayuan” oleh Akta A885, perenggan 17(g), berkuat kuasa dari 24-06-1994.

