Page 268 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 268

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  139—(samb.)

                         b.  Perkataan “anggota-anggota perkhidmatan awam bagi Negeri Melaka atau Negeri Pulau
                           Pinang”  digantikan  dengan  “anggota-anggota  perkhidmatan-perkhidmatan  awam  bagi
                           Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang” oleh Akta 10/1960, perenggan 21(b), berkuat
                           kuasa dari 31-05-1960.
                         c.  Huruf “, (e)” dimasukkan selepas huruf “(c)” oleh Akta A514, perenggan 9(1)(a), berkuat
                           kuasa dari 15-05-1981.
                         d.  Perkataan “perenggan (c), (e) dan (f)” digantikan dengan “perenggan (c) dan (f)” oleh
                           Akta A885, seksyen 31, berkuat  kuasa dari 24-06-1994.

                       Fasal  (1a)
                       Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 9(1)(b), berkuat  kuasa dari 15-05-1981.
                       Fasal  (2)
                         a.  Perkataan  “selepas  tarikh  yang  berkaitan”  yang  terdapat  selepas  perkataan  “dan  jika”
                           dipotong oleh Akta 25/1963, seksyen  8, berkuat  kuasa  dari  29-08-1963.
                         b.  Perkataan  “Suruhanjaya  yang  bersamaan  taraf  dan  bidang  kuasa  dengan  Suruhanjaya
                           Perkhidmatan  Awam”  digantikan  dengan  “Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam  Negeri”
                           oleh Akta  26/1963,  seksyen 70,  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963.
                         c.  lihat Per.  146D(3).
                       Fasal  (3)
                         a.  Fasal ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963 dan
                           berbunyi  seperti  yang berikut:
                             “(3)  Tarikh  yang  berkaitan  yang  disebut  dalam  Fasal  (2)  ialah  mana-mana  satu
                           daripada tarikh berikut yang terdahulu—
                              (a)  tiga  puluh  satu  hari  bulan  Disember,  seribu  sembilan  ratus  enam  puluh  dua;
                                 atau
                              (b)  tarikh  yang  mula-mula  sekali  berkuat  kuasanya  sebagai  sebahagian  daripada
                                 Perlembagaan Negeri semua peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 jadual
                                 Kelapan atau peruntukan  yang pada keseluruhannya sama kuat kuasanya.”.
                         b.  Fasal baru ini dimasukkan oleh Akta 27/1968, seksyen 3, berkuat kuasa dari 09-09-1968.

                       Fasal  (4)
                         a.  Perkataan “Tertakluk kepada Perkara 146b” yang terdapat di permulaan Fasal dimasukkan
                           oleh  Akta  26/1963,  subseksyen  59(1),  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963.  Akta  itu  juga
                           menggantikan  perkataan  “lapan  orang  anggota  lain”  yang  terdapat  di  hujung  Fasal
                           dengan “sepuluh orang anggota lain”.
                         b.  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  19-09-1966,  menggantikan  perkataan
                           “sepuluh” dengan  “dua belas”.
                         c.  Perkataan “Tertakluk kepada Perkara 146b” di permulaan Fasal dipotong dan perkataan
                           “dua belas” digantikan dengan “tiga puluh” oleh Akta A514, perenggan 9(1)(c), berkuat
                           kuasa dari 15-05-1981.
                       Catatan:

                       Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan atau Perlembagaan Negeri Sabah atau Sarawak,
                       mana-mana anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang berkhidmat dalam
                       mana-mana  jawatan  persekutuan  atau  dalam  mana-mana  jawatan  yang  dijadikan  jawatan
                       persekutuan  di  Negeri  itu  dan  yang  telah  membuat  mengikut  apa  jua  cara  atau  dalam  apa
                       jua  bentuk,  apa-apa  pilihan  yang  ditawarkan  oleh  Kerajaan  Persekutuan  untuk  menjadi
                       anggota  perkhidmatan  awam  am  Persekutuan  hendaklah  disifatkan  telah  membuat  pilihan
                       dan  dengan  demikian  itu  ditukarkan  ke,  atau  dilantik  menjadi  anggota,  perkhidmatan  awam
                       Persekutuan.”.—lihat subseksyen  9(2) Akta A514, berkuat  kuasa  dari  15-05-1981.
   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273