Page 270 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 270

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  139—(samb.)
                         d.  Perkataan “tetapi tidak lebih daripada tiga puluh orang anggota lain” digantikan dengan
                           perkataan  “anggota  lain;  tetapi  bilangan  anggota  lain  itu  tidaklah  boleh,  sehingga
                           diperuntukkan  selainnya  melalui  perintah  oleh  Yang  di-Pertuan Agong,  melebihi  tiga
                           puluh  orang”  oleh Akta A767, seksyen 3, berkuat  kuasa dari 11-05-1990.
                         e.  lihat P.U. (A) 149/1990.
                    per.  140
                       1.  Perkara yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 22, berkuat kuasa dari
                       01-04-1961. Perkara asal sebagaimana yang terdapat pada Hari Merdeka berbunyi seperti yang
                       berikut:
                          “140.  (1)  Maka  hendaklah  ada  suatu  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Polis  yang  bidang
                         kuasanya  hendaklah,  tertakluk  kepada  Perkara  144,  meliputi  semua  orang  yang  menjadi
                         anggota perkhidmatan  polis.
                            (2)  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Polis  hendaklah  terdiri  daripada  anggota  yang  berikut,
                         iaitu—
                            (a)  seorang pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu seseorang yang
                               merupakan sama ada pengerusi atau timbalan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan
                               Awam;
                            (b)  seorang anggota yang mempunyai kelayakan undang-undang yang dilantik oleh Yang
                               di-Pertuan Agong selepas berunding  dengan Hakim Besar;
                            (c)  tidak kurang daripada dua orang tetapi tidak lebih daripada empat orang anggota
                               lain  yang  dilantik  oleh  Yang  di-Pertuan  Agong  menurut  budi  bicaranya  tetapi
                               selepas  menimbangkan  nasihat  Menteri  yang  pada  masa  ini  dipertanggungkan
                               dengan tanggungjawab bagi  polis.”.
                       Fasal (1): Proviso dimasukkan oleh Akta A354, perenggan 32(a), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                       Fasal  (3)
                         a.  Perkataan “Pesuruhjaya Polis” dalam perenggan (b) digantikan dengan “pegawai polis
                           yang  memerintah  secara  menyeluruh  pasukan  polis”  oleh  Akta  26/1963,  seksyen  70,
                           berkuat  kuasa  dari  16-09-1963.
                         b.  Perkataan “dua” di permulaan perenggan (e) digantikan dengan “tidak kurang daripada
                           dua orang tetapi lebih daripada empat” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa
                           dari 16-09-1963.
                         c.  Fasal  (3)(a): lihat Per.  142(1).
                         d.  Akta  A354,  perenggan  32(b),  berkuat  kuasa  dari  27-08-1976,  meminda  Fasal  (3)(e)
                           dengan menggantikan perkataan “empat” dengan “enam”.
   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275