Page 298 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 298
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 149—(samb.)
(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam
Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa setelah
habis tempoh satu tahun dari tarikh undang-undang itu mula berkuat kuasa, tanpa menjejaskan
kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.”.
2. lihat Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [akta 82].
3. Perkataan “, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.” dimasukkan selepas
perkataan “subversif” dalam nota bahu oleh Akta A442, perenggan 5(b), berkuat kuasa dari
31-12-1978.
Fasal (1)
a. Perenggan (e) digantikan oleh Akta A442, perenggan 5(c), berkuat kuasa dari 31-12-1978.
Perenggan asal berbunyi seperti yang berikut:
“(e) yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;”.
b. Perkataan “atau 10” digantikan dengan “, 10 atau 13” oleh Akta A514, seksyen 14,
berkuat kuasa dari 15-05-1981.
4. Perenggan (f) ditambahkan oleh Akta A442, perenggan 5(c), berkuat kuasa dari 31-12-1978.
per. 150
Fasal (1)
a. Perkataan “sama ada disebabkan oleh peperangan atau pencerobohan dari luar negeri
atau kekacauan di dalam negeri” yang terdapat selepas perkataan “adalah terancam
oleh kerananya,” dipotong oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(1), berkuat kuasa dari
16-09-1963.
b. Digantikan oleh Akta A514, perenggan 15(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Fasal (1)
yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(1) jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku
dan keselamatan atau kehidupan ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam
kerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat.”.
c. Perkataan “Yang di-Pertuan Agong” digantikan dengan perkataan “Perdana Menteri” dan
perkataan “boleh” digantikan dengan “dia hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong
dengan sewajarnya dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah kemudiannya” kedua-duanya
oleh Akta A566, perenggan 20(a) dan (b), berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Fasal (2)
a. Digantikan oleh Akta A514, perenggan 15(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Fasal (2)
yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(2) jika Proklamasi Darurat dikeluarkan dalam masa Parlimen tidak bersidang,
maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dengan seberapa
segera yang dapat dilaksanakan, dan sehingga kedua-dua Majlis Parlimen bersidang,
Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan ordinan-ordinan yang mempunyai kuat
kuasa undang-undang jika berpuas hati bahawa tindakan serta-merta dikehendaki.”.
b. Perkataan “Yang di-Pertuan Agong” digantikan dengan perkataan “Perdana Menteri” dan
perkataan “dan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dengan sewajarnya” dimasukkan
selepas perkataan “yang mengancamkan itu” oleh Akta A566, perenggan 20(c) dan (d),
berkuat kuasa dari 16-12-1983.
lihat Proklamasi dalam P.U. 271/1964, P.U. 339A/1966, P.U. (A) 145/1969.

