Page 35 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 35
Aktiviti Berkumpulan
Finding Place
Cara bermain:
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B berlima.
2. Kawasan permainan dibahagikan kepada tiga bahagian seperti
gambar rajah di atas.
3. Lima biji bola induk diletakkan dalam kawasan serangan.
4. Setiap murid diberikan sebiji bola tenis yang akan digunakan untuk
tujuan membaling dan menggerakkan bola induk.
5. Kumpulan A hendaklah membuat balingan bola tenis ke arah bola
induk. Kumpulan B membaling bola tenis untuk mengadang pergerakan
bola induk.
6. Murid tidak boleh bergerak melepasi garisan balingan.
7. Mata dikira apabila bola induk memasuki kawasan pihak lawan.
Alatan: Bib, bola baling, skitel dan bola tenis.
S.P 1.3.2, 2.3.2, 5.2.1, 5.3.2, 5.5.1, 5.5.2 27

