Page 36 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 36
Kemahiran Mengadang
Tujuan: Mengawal pergerakan pihak
lawan daripada membuat serangan
atau menjaringkan gol.
Teknik lakuan:
• Kaki dibuka seluas bahu.
• Fleksi lutut untuk mendapat
keseimbangan.
• Badan dan tangan diluruskan
sambil mengikut pergerakan bola.
Aktiviti Berkumpulan
Lindungi Pundi Kacang
Cara bermain:
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil bertiga.
2. Kumpulan A bertindak sebagai penyerang dan kumpulan B sebagai
pertahanan.
3. Setiap gelung akan dijaga oleh setiap seorang ahli kumpulan B untuk
menghalang kumpulan A daripada mengambil pundi kacang.
4. Kumpulan A akan cuba mengambil seberapa banyak pundi kacang dan
meletakkannya ke dalam bakul yang disediakan tanpa disentuh pemain
pertahanan.
5. Tempoh masa permainan ialah 3 hingga 5 minit.
6. Pemenang dikira berdasarkan bilangan pundi kacang yang berjaya dikumpul.
Alatan:
• Sebuah gelung (setiap gelung diletakkan sebanyak lima beg pundi kacang),
15 beg pundi kacang, 2 buah bakul dan skitel.
28 S.P 1.3.3, 2.3.3, 5.1.2, 5.2.1, 5.3.1, 5.4.1, 5.4.2

