Page 37 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 37
Mengacah
Tujuan: Mengelirukan pihak lawan.
Teknik lakuan:
• Pembawa bola perlu mengacah dan
mengubah arah kaki ke kiri atau
kanan dengan pantas.
Aktiviti Berkumpulan
Lepasi Halangan
Cara bermain:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan A dan kumpulan B yang sama
ramai ahlinya.
2. Kumpulan A akan bergerak serentak untuk cuba melepasi setiap zon
yang dikawal oleh kumpulan B dengan cara mengacah.
3. Kumpulan B perlu meletakkan dua orang ahlinya pada setiap garisan
di Zon B, Zon C dan Zon D untuk mengadang kumpulan A.
4. Kumpulan A yang telah disentuh oleh kumpulan B dikira “mati”.
5. Mata dikira mengikut bilangan ahli kumpulan yang berjaya melepasi
garisan penamat dalam masa 3 minit.
6. Ulangi permainan dengan bertukar peranan.
Alatan: Bib dan skitel.
S.P 1.3.4, 2.3.4, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.2, 5.2.3, 5.4.1 29

