Page 39 - KSSMPK Pend_Jasmani_dan_Pend_Kesihatan_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 39
Aktiviti Berkumpulan
Si Kapitan
Cara bermain:
1. Gelanggang dibahagikan kepada Zon A dan Zon B (kawasan serangan).
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan A dan B.
3. Kumpulan A sebagai penyerang dikehendaki membuat sebanyak lima
kali hantaran bola berturut-turut sebelum membuat jaringan gol.
4. Kumpulan A perlu merejam bola tepat ke dalam mana-mana gelung
untuk mendapatkan mata.
5. Kumpulan B akan cuba menghalang kumpulan A daripada membuat
jaringan.
6. Tukar peranan pada setiap kali jaringan dilakukan atau hantaran bola
disekat.
Alatan: Gelung, skitel, bola dan bib.
S.P 1.3.5, 2.3.5, 5.2.1, 5.3.2, 5.4.1, 5.5.1, 5.5.2 31

