Page 23 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 23

Kod Kertas                      MPP1013 – C02                            Page 23 of 34



                                                                                Salur remambut

                          Diafragma

                         Jarum injap
                                                                      Cecair
                             Cecair
                                                                      refrigerant
                         refrigerant
                           tekanan                                    tekanan
                          tinggi dari                                 rendah ke          Buli perasa
                                                                      penyejat
                         pemeluwap
                                                                 Tetumpu injap
                           Strainer
                                                                 Spring

                                                                 Pelocok injap

                                                                 Penutup


                                         Injap pengembangan termostat


                 Suhu  yang  tinggi  akan  menyebabkan  cecair  di  dalam  bebuli  perasa  mendidih  dan  memberi  kesan
                 tekanan  kepada  logam  apar  di  dalam  diafragma.  Logam  apar  akan  mengembang  dan  menolak  injap
                 turun dan membuka ruang kemasukan untuk membenarkan bahan pendingin masuk ke dalam lingkaran
                 penyejat. Kemasukan bahan pendingin ini dapat mengatasi ketinggian suhu di dalam penyejat dengan
                 menyerap haba.

                 Apabila beban berkurangan, suhu di dalam lingkaran penyejat menjadi rendah dan bebuli perasa secara
                 tidak  langsung  menjadi  sejuk.  Cecair  di  dalam  bebuli  perasa  tidak  lagi  mendidih  dan  tidak  memberi
                 kesan tekanan yang tinggi kepada apar. Dengan ini tekanan spring yang dilaraskan di bahagian bawah
                 injap akan menolak injap naik ke atas dan menutup ruang kemasukan bahan pendingin.

                 Keadaan injap yang tertutup ini akan berterusan sehinga bebuli perasa memberikan tekanan yang tinggi
                 kepada apar untuk menolak injap turun ke bawah semasa suhu di dalam lingkaran penyejat meningkat.
                 Cecair di dalam bebuli perasa dicaskan dengan bahan pendinginyang sama dengan bahan pendinginyang
                 digunakan dalam sistem supaya tekanan di dalam kedua-duanya sama.














                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28