Page 20 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 20

Kod Kertas                      MPP1013 – C02                            Page 20 of 34

                 b.  Menggunakan pencuci kimia (chemical cleaning)
                 Kaedah cucian kimia digunakanuntuk membersihkan permukaanpemeluwap yang terlalu kotor diseliputi
                 habuk  yang  tebal  dan  berminyak.  Bahan  kimia  pencuci  yang  di  gunakan  dibuat  khas  untuk  kegunaan
                 bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara sahaja.


                                                              Pemeluwap

                                                              Berus lembut

                                                             Larutan kimia
                                                             bahan pencuci



                         Bahan kimia pencuci pemeluwap                   Membersihkan permukaan pemeluwap
                                                                         dengan menggunakan pencuci kimia

                 Untuk  tujuan  kerja  membersihkan  permukaan  pemeluwap,  bahan  pencuci  kimia  perlu  dicampurkan
                 dengan  air  dan  sedikit  shampu  atau  larutan  pencuci  pingan.      Ini  kerana  larutan  bahan  pencuci  yang
                 terlalu pekat akan merosakkan permukaan pemeluwap.  Shampu pula bertujuan untuk menolak keluar
                 kekotoran  yang  telah  di  tanggalkan  oleh  pencuci  kimia  itu  tadi.    Kaedah  ini  dapat  membersihkan
                 pemeluwap dari kekotoran lebih kurang 80 % .

                 c.  Menggunakan hand blower
                 Kaedah itu di gunakan bagi membersihkan permukaan pemeluwapyang diselaputi kekotoran berbentuk
                 habuk-habuk yang kering. Semburan angin dari  hand blower dihalakan ke permukaan pemeluwap bagi
                 menyingkirkan kotoran tersebut.



                                                                                          Pembersih
                                                                                          vakum
                            Penyembur
                                 udara




                                             Membersihkan permukaan gelung bersirip
                                             dengan menggunakan penyembur udara dan
                                             pencuci vakum


                 Keselamatan semasa membersihkan permukaan pemeluwap
                 1.  Pastikan  komponen  -  komponen  elektrik  dan  elektronik  yang  terdapat  pada  unit  pemeluwapan
                    (condensing unit) tidak terkena pancutan air kerana dikhuatiri berlakunya litar pintas apabila sistem
                    tersebut di hidupkan. Tutup komponen tersebut menggunakan plastik dengan rapi.



                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25