Page 22 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 22

Kod Kertas                      MPP1013 – C02                            Page 22 of 34

                 Injap-injap kawalan yang digunakan dalam sistem penyejukan dan penyaman udara ialah;

                 i.   Injap pengembang - digunakan untuk mengatur aliran cecair refrigerant ke dalam penyejat.
                 ii.   Alat  atur  saluran  sedutan  -  digunakan  untuk  mengawal  aliran  gas  refrigerantdari  lingkaran
                      penyejat. Injap ini juga dikenali sebagai alat atur tekanan balik atau alat atur tekanan penyejat.
                 iii.  Injap  penampan  -  digunakan  untuk menghadkan  aliran  gas  refrigerantke  dalam  pemampat  bagi
                      tujuan menghalang pusuan atau lebihan beban dari lebihan beban motor pemampat.
                 iv.  Injap solenoid - digunakan untuk mengawal cecair refrigerantdaripada mengalir masuk ke dalam
                      penyejat atau pemampat semasa sistem berhenti.
                 v.   Injap cegah balik - digunakan untuk menghalang aliran gas refrigerantdari pemeluwap balik semula
                      ke pemampat semasa sistem beroperasi.
                 vi.  Injap  balik  -  digunakan  untuk  proses  pam  haba  atau  nyahfros  bagi  mengubah  aliran  kitar
                      penyejukan.

                 Jenis-jenis peranti permeteran
                 Dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara terdapat enam jenis peranti permeteran:

                 i.  Injap pengembang termostat. (Thermostatic expansion valve)
                 ii.  Injap pengembang automatik. (Automatic expansion valve)
                 iii.  Tiub rerambut. (Capillary tube)
                 iv.  Injap apung bahagian rendah.(Low side float)
                 v.  Injap apung bahagian tinggi. (High side float)
                 vi.  Injap tangan.(Hand valve)

                 i.  Injap Pengembang Termostat (Thermostatic expansion valve)
                 Injap  pengembang  termostat  atau  dikenali  juga  sebagai  injap  haba  lampau  mempunyai  tiga  daya
                 tekanan dalam operasinya iaitu;

                     i.  Daya tekanan dari bebuli perasa.
                     ii.  Daya tekanan dari spring yang dilaras.
                     iii.  Daya tekanan dari lingkaran penyejat.

                 Ketiga-tiga daya ini memberikan kesan sama ada injap akan terbuka atau tertutup untuk  mengawal
                 aliran refrigerant ke penyejat.

                 Bebuli perasa yang dipasangkan di hujung lingkaran penyejat mengesan suhu bahan pendingin di dalam
                 lingkaran penyejat tersebut sebelum disedut masuk ke pemampat. Sebarang perubahan suhu di dalam
                 saluran sedutan akan memberi kesan kepada bebuli perasa.












                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27