Page 19 - KP.MPP1013-C02-2.0- (2.1 - 2.7)
P. 19
Kod Kertas MPP1013 – C02 Page 19 of 34
Pemeluwap bersejat menggunakan air dan udara secara serentak sebagai media penyingkiran haba di
gelung pemeluwap. Pemeluwap jenis ini digunakan untuk sistem penyamanan udara yang kecil bagi
mengatasi masalah ketinggian suhu pada unit pemeluwap dingin air. Ia berfungsi sebagai pemeluwap
dan menara pendinginan untuk mengatasi masalah tersebut.
Sebelum kitar bahan pendinginberoperasi, kipas dan pam air pemeluwap bersejat akan beroperasi
terlebih dahulu.Tujuannya ialah untuk memastikan haba dapat disingkirkan apabila sistem penyejukan
atau penyamanan udara berfungsi. Apabila sistem berfungsi, wap refrigerant yang panas dari pemampat
akan memasuki gelung pemeluwap. Semasa refrigerant melalui gelung pemeluwap, semburan airyang
dingin akan menimpa gelungan pemeluwap itu dan menghasilkan wap air yang panas.
Serentak dengan itu kipas yang berputar akan membawa bersama-sama udara sekeliling yang sejuk
untuk menolak wap air yang panas ke atas dan seterusnya disingkirkan ke udara sekeliling.Air yang jatuh
dari lingkaran pemeluwap akan bertakung semula didalam takungan yang terletak dibahagian bawah
pemeluwap.Air ini disejukkan oleh udara sekeliling yang dibawa masuk oleh kipas yang berpusing di
bahagian pemeluwap.
Pam air akan mengepam air dari dalam takungan untuk disemburkan semula melalui penyembur air.
Bahan pendingin yang sudah bertukar bentuk kepada cecair setelah proses penyingkiran haba akan
masuk semula ke dalam peranti permeteran dan seterusnya masuk kedalam penyejat untuk menyerap
haba.
Menservis pemeluwap
Sekiranya permukaan pemeluwap kotor dan siripnya tersumbat maka proses penyingkiran haba tidak
akan berlaku dengan sempurna.Pemeluwap yang kotor akan menimbulkan masalah tekanan bahagian
tekanan tinggi yang terlalu tinggi. Ini akan menyebabkan sistem bekerja dengan beban yang lebih dan
boleh merosakkan pemampat dan mengurangkan keupayaan system. Oleh itu pemeluwap hendaklah
sentiasa diperiksa dan di bersihkan bagi memastikan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara itu
beroperasi dengan sempurna.
Kaedah servis pemeluwap
a. Menggunakan semburan air
Kaedah ini yang biasa digunakan kerana ianya mudah , tiada risiko kerosakan dan murah. Para mekanik
hanya perlu menyemburkan air ke permukaan condenser bagi membersihkan permukaan pemeluwap.
Pemeluwap
Kekotoran
melekat pada
pemeluwap
Permukaan pemeluwap yang kotor Membersihkan permukaan pemeluwap
dengan kaedah semburan air
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

