Page 31 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 31
PERAWAT
Soalan 14:
Saya keliru dengan istilah bomoh, dukun dan pawang serta perawat pengubatan Islam.
Apakah perbezaan bagi istilah-istilah tersebut?
Jawapan:
Menurut Kamus Dewan, perawat ialah orang yang merawat. Manakala merawat
diertikan sebagai memelihara, menyelenggara, membela, menjaga (orang sakit dan lain-lain)
dengan memberi ubat dan sebagainya. Bomoh pula ialah tabib kampung yang mengubati
1
orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung, jampi-jampi yang
tertentu dan sebagainya. Termasuk juga dalam istilah ini ialah tok pawang dan dukun.
2
Lazimnya, bomoh yang dikategorikan sebagai bahaya dalam masyarakat Melayu ialah bomoh
yang bekerja untuk menimbulkan kesusahan dan huru-hara kepada orang lain. Di samping itu,
dia mengamalkan ilmu sihir atau ilmu hitam. Antara punca masyarakat Melayu menggunakan
khidmat bomoh ini adalah kerana perasaan hasad dengki atas kejayaan orang lain, masalah
rumahtangga, benci akan seseorang dan untuk menjatuhkan maruah seseorang.
Dapat dirumuskan bahawa pengertian perawat adalah umum, meliputi perawat yang
benar dan perawat yang batil. Manakala perkataan bomoh, dukun dan pawang walaupun turut
mempunyai pengertian yang elok, namun pemaknaannya tidak sunyi daripada nilai-nilai yang
bercanggah dengan syarak seperti penggunaan sihir dan penyingkapan ghaib.
Sebagai maklumat tambahan, terdapat juga istilah-istilah lain yang berkaitan iaitu
kahanah dan ‘arraf. Kahanah bermaksud orang yang boleh meramal perkara yang akan
berlaku atau mengkhabarkan perkara-perkara ghaib dan apa yang tersirat dalam hati dengan
pertolongan makhluk halus. Manakala ‘arraf pula individu yang mendakwa mengetahui
perkara-perkara tertentu dengan beberapa pendahuluan atau petanda seperti mengetahui
kecurian, tempat kehilangan dan tempat sesuatu benda. 4
Soalan 15:
Saya ada mendengar cerita tentang seorang bomoh kanak-kanak, di utara tanah air,
yang dapat mengubati pelbagai penyakit. Bolehkah kanak-kanak yang belum baligh
menjalankan pengubatan Islam?
Jawapan:
Antara ciri utama kesempurnaan taklif ialah baligh. Menurut Kamus Dewan, baligh
bermaksud cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai
umur antara 9 hingga 12 tahun bagi perempuan manakala 12 hingga 15 tahun bagi lelaki).
5
Perawat yang tidak baligh boleh menjalankan pengubatan Islam tetapi dengan syarat ada
pengawasan daripada pemantau berkelayakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan kompetensi
rawatan yang dijalankan oleh perawat tersebut. Peringkat manusia yang ada kelayakan ini
ialah mumaiyiz. Mengikut jumhur ulama, umur bagi kanak-kanak yang mumaiyiz adalah pada
usia 7 tahun. Pada adat kebiasaannya, kanak-kanak yang mumaiyiz ini dikatakan mencapai
31

