Page 35 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 35

PERAWAT

                  Berdasarkan keterangan  ayat  al-Quran  dan Hadis Nabi  Muhammad  SAW tersebut
              maka dapatlah disimpulkan bahawa perkara yang mendorong mereka mengaku kasyaf dan
              melakukan sesuatu yang ghaib atau luar biasa kerana terdapat syaitan atau jin yang menjadi
              pembantu atau sahabat kepada mereka.  Demi memastikan seseorang percaya dan yakin akan
                                          16
              perkara tersebut, maka sesetengah bomoh akan berselindung dengan kata-kata yang dapat
              menggambarkan bahawa apa-apa yang diperkatakannya itu datang  daripada Allah. Mereka
              juga  mengakui  sentiasa  berpegang teguh  akan  kekuasaan  dan kehendak Allah.  Dakwaan
              mengetahui  perkara-perkara ghaib kerap kali berlaku ketika  perawat berdialog  dengan
              para pesakit.  Apabila seseorang perawat bercakap  tentang sesuatu yang ghaib dan tidak
              diketahuinya secara yakin bererti dia telah berbohong. Malah mereka melakukannya tanpa
              berasa bersalah atau berdosa.  Ingin ditegaskan bahawa perkara itu bukan kasyaf dan bukan
                                   17
              keramat tetapi bisikan syaitan atau jin semata-mata. Penegasan ini bersandarkan hujah yang
              dikemukakan oleh Syeikh Abdul Rahman Hasan seperti berikut: 18
              “Kebanyakan  apa-apa yang  berlaku  dalam kalangan  umat Islam sekarang  ini  bahawa
              perkara-perkara ghaib yang disampaikan oleh jin-jin  itu kepada sahabatnya daripada
              kalangan manusia disangkakan sebagai keramat dan kasyaf oleh orang yang jahil.  Dan
              memang sudah menjadi perkara biasa sahaja menurut anggapan orang ramai bahawa orang
              yang menyampaikan perkhabaran ghaib seperti itu sebagai wali  Allah, sedangkan yang
              sebenarnya orang tersebut ialah wali syaitan”
                  Walau  bagaimanapun  kasyaf memang  boleh berlaku  kepada orang mukmin  yang
              hampir dengan Allah. Tetapi kasyaf yang telah dikurniakan oleh Allah kepada orang tersebut
              adalah sebagai suatu ujian dan rahsia antara dirinya dengan Allah. Ini adalah kerana kasyaf
              merupakan sebahagian daripada keramat atau kekeramatan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
              Oleh itu, kasyaf perlu dirahsiakan dan tidak boleh diceritakan dengan sewenang-wenangnya.
              Dalam kitab-kitab tasawuf terdapat keterangan bahawa keramat mesti disembunyikan kerana
              ia merupakan suatu ujian bagi orang yang menerimanya. Jika diceritakan atau dihebohkan
              maka keramat itu akan menjadi hijab kepadanya.  Oleh itu, perawat tidak boleh mendakwa
                                                 19
              dirinya kasyaf kerana dakwaan tersebut adalah  bohong dan bertentangan  dengan ajaran
              Nabi SAW.  Sehubungan dengan itu, dakwaan menentukan jumlah jin atau makhluk halus
              adalah termasuk dalam kategori tanggapan yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Ini
              adalah  kerana  perkara  ghaib merupakan  sesuatu yang tidak  diketahui  melainkan  Allah
              SWT. Larangan daripada dakwaan ini juga adalah menepati kaedah sadd al-dhara’i’  untuk
              mengelak berlakunya fitnah.

              Soalan 18:
              Saya berhasrat untuk menjadi seorang perawat pengubatan Islam. Jadi, apakah ilmu-ilmu
              yang perlu saya pelajari dan fahami untuk menjadi pengamal pengubatan Islam?

              Jawapan:
                  Perkara  yang paling  penting ialah  meneguhkan  iman,  belajar  daripada  guru yang
              mu’tabar untuk membentuk sifat taqwa dan ikhlas kerana dunia perubatan banyak dugaan dan


                                              35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40