Page 74 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 74
BERUBATLAH WAHAI ANAK ADAM
pada sudut atau tiang rumah yang mengalami gangguan makhluk halus sama ada ia dibenarkan
atau tidak. Lalu beliau berkata bahawa ia adalah harus dengan beberapa syarat:
i. Hendaklah memaklumkan kepada makhluk yang mengganggu bahawa tindakan ini
tidak bermaksud menceroboh atau menyakiti dengan sengaja.
ii. Hendaklah dimaklumkan kepada tuan rumah bahawa penggunaan air dan garam adalah
semata-mata ikhtiar berdasarkan pengalaman pengamal perubatan yang berpengalaman dan
berkecimpung dalam bidang rawatan Islam. Selain itu hendaklah diterangkan bahawa makhluk
halus amat sensitif dengan garam dan tidak menyukainya dalam semua keadaan. Penggunaan
bahan tersebut dapat mengusir makhluk halus daripada rumah tersebut dengan izin Allah. 14
Oleh itu, penggunaan garam dalam rawatan makluk halus adalah diharuskan
berpandukan syarat-syarat yang telah dinyatakan di samping tidak memasukkan unsur-unsur
pemujaan dan khurafat dalam proses rawatan menggunakan garam.
Soalan 35:
Apakah bahan-bahan yang dilarang dalam perubatan Islam dan apakah hikmah di sebalik
larangan tersebut?
Jawapan:
Bahan-bahan yang dilarang dalam perubatan Islam ialah:
i. Penggunaan emas dan sutera bagi lelaki, melainkan dalam keadaan darurat.
ii. Tangkal dan azimat.
iii. Bahan najis seperti bahan kumbahan, khinzir, anjing, darah, bangkai dan cecair
yang memabukkan.
iv. Bahan yang dikaitkan dengan sihir seperti minyak dagu, minyak pengasih dan
sebagainya.
v. Bahan yang dikaitkan dengan upacara pemujaan seperti kain kafan, tanah kubur,
rambut, kemenyan, bahan santau serta racun dan seumpama dengannya.
Berubat dengan sesuatu yang diharamkan sememangnya perbuatan yang buruk, sama
ada menurut akal mahupun menurut panduan syariat.15 Antara hikmah tidak boleh berubat
dengan benda yang haram ialah :
16
i. Allah mengharamkan perkara itu supaya manusia menjauhi dan menghindarkan
diri daripadanya. Hakikat ini perlu dipegang walaupun tidak nyata alasan
pengharamannya. Tujuannya bagi membezakan siapakah daripada kalangan
hambaNya yang taat dan golongan yang tidak taat. Dengan menggunakannya
sebagai ubat, itu bererti kita menentang tujuan syarak itu.
ii. Akal manusia terbatas setakat ilmu yang ia ketahui. Tuhan pencipta alam
ini mengetahui apa yang Dia ciptakan. Apabila hal ini dilarang pasti ada
keburukannya apabila dilanggar. 17
74

