Page 16 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 16

pelajaran yang mencapai 100 % lulus kecuali 2 mata pelajaran iaitu Matematik dan Sains
               (masing-masing 97.29% dan 99.61%).



               v. PISA 2015


               Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 33 mata kepada 431 mata bagi Literasi
               Bacaan  dalam  laporan  Program  Pentaksiran  Pelajar  Antarabangsa  (PISA)  2015

               berbanding hanya 398 mata dalam PISA 2012. Pencapaian bagi domain Literasi Bacaan
               itu lebih baik berbanding dua domain lagi, iaitu Literasi Matematik dan Literasi Saintifik.
               Bagi Literasi Matematik Malaysia meraih penambahan 25 mata daripada 421 mata dalam
               PISA 2012, manakala Literasi Saintifik meningkat 23 mata daripada 420 mata (PISA 2012).
               Dalam penilaian terkini, negara kita memperbaiki kedudukan bagi ketiga-tiga aspek, iaitu
               Literasi  Matematik,  Literasi  Saintifik  dan  Literasi  Bacaan  dengan  Literasi  Bacaan
               menunjukkan  pencapaian  paling  memberangsangkan.  Berdasarkan  laporan  yang
               dikeluarkan  itu,  Malaysia  semakin  menghampiri  purata  skor  negara  Pertubuhan

               Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).


               Pengumuman  bagi  Laporan  PISA  2015  diadakan  serentak  di  semua  72  negara  yang
               engambil bahagian dengan negara jiran, Singapura mengungguli senarai terbabit, selain
               negara Asia seperti China, Jepun dan Korea Selatan yang terus berada dalam senarai 10
               negara  dengan  pencapaian  terbaik.  Sampel  PISA 2015  bagi  peringkat  Malaysia  terdiri
               daripada 9,660 pelajar Tingkatan Tiga dan Empat, 230 pentadbir dan 5,750 guru daripada
               230 sekolah. Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam Program Penilaian

               Murid Antarabangsa (PISA) 2015 melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
               Malaysia 2013-2025 (PPPM), seterusnya meletakkan negara setanding dengan piawaian
               antarabangsa. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, PPPM akan dapat
               menangani cabaran sedia ada serta mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih
               memenuhi keperluan ekonomi global yang semakin kompetitif.


               Analisa kos dan faedah projek:
                   •  Alat Berfikir yang dihasilkan melalui TABSoR+ABC ini tidak memerlukan kos untuk
                       menghasilkannya kerana lebih kepada kaedah yang berinovasi ketika mengajar.
                   •  Bahannya abstrak dan tidak bersifat maujud.

                   •  Tidak  memerlukan  kos  untuk  menghasilkan  “produk”  yang  bukan  bersifat  alat
                       yang maujud.
                   •  Amat sesuai dan merupakan alternatif terbaik yang boleh digunakan oleh guru-
                       guru  dalam  mana-mana  mata  pelajaran  baik  di  sekolah  rendah  mahupun  di
                       sekolah menengah dalam usaha memugar dan membudayakan KBAT.
                   •  Murid  yang  diajar  dengan  mengggunakan  Kaedah  TABSoR+ABC  akan  sentiasa

                       berfikir secara kritis dan kreatif di samping melatih mereka untuk berkomunikasi

                                                           11
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21