Page 7 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 7
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Isu pencapaian murid dalam peperiksaan pada tahun lepas dikaitkan dengan
ketidakupayaan murid menjawab soalan-soalan yang mengandungi kemahiran berfikir
aras tinggi. Ketidakupayaan menjawab soalan beraras tinggi disebabkan murid-murid
tidak dilatih untuk berfikir pada aras tinggi. Berdasarkan taksonomi Bloom (2001)
terdapat enam aras berfikir iaitu daripada aras pertama yang paling rendah iaitu
mengingat, diikuti dengan aras memahami, ketiga: mengaplikasi, keempat: menganalisis,
kelima: menilai dan yang paling tinggi ialah aras mencipta. Murid tidak dapat menjawab
soalan yang paling tinggi arasnya seperti menilai dan mencipta kerana dalam
pembelajaran guru lebih menekankan soalan-soalan biasa yang beraras rendah seperti
mengingat dan memahami. Di samping itu, di dalam bilik darjah didapati bahawa guru-
guru tidak menekankan aspek kemahiran pembelajaran abad ke-21 dengan menekankan
empat elemen iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan pemikiran kreatif (OECD,
2009). Hal ini dapat digambarkan melalui ketidakupayaan Malaysia untuk menghasilkan
generasi yang berdaya cipta atau menghasilkan inovasi-inovasi dalam sesuatu
permasalahan yang berlaku di sekeliling pelajar.
Oleh yang demikian inovasi yang akan dihasilkan ini membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, berkomunikasi, dan
berkolaborasi. Selain itu, dapat membantu murid-murid menjawab soalan UPSR kertas
penulisan. Untuk menjawab persoalan dan isu yang dihadapi ini, kami telah
menghasilkan satu inovasi yang dinamakan TABSOR + ABC. TABSOR ialah satu kerangka
aktiviti di dalam bilik yang menjadi alternatif kepada guru-guru untuk
mengaplikasikannya. Hal ini bermula T (TUGASAN) iaitu diberikan soalan-soalan KBAT
untuk dijawab. Selepas itu melalui A iaitu AKTIVITI di dalam kelas apabila murid-murid
berkomunikasi secara kumpulan, berkolaborasi dan menjana pemikiran serta membuat
keputusan melalui aktiviti kumpulan. Selepas itu murid-murid diminta BENTANG atau B,
hasil aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Ketika pembentangan mereka akan ditanya
dengan beberapa soalan iaitu melalui akronim SO atau SOALAN. Akhir sekali aktiviti yang
akan dilakukan ialah R iaitu REFLEKSI. Sepanjang aktiviti yang dilakukan melalui TABSOR,
murid-muridkan akan menggunakan alat-alat berfikir yang dihasilkan bagi meningkatkan
murid-murid berfikir lebih kreatif dan kritis iaitu Alat Berfikir Cemerlang (ABC) SAF, ABC
PAL, ABC Tiga Serangkai, ABC ERA IKRAM, ABC AMA, ABC AMR, dan ABC AMK.
Kajian impak dalam inovasi ini ialah melalui dua segmen iaitu dalam jangka masa pendek
dan jangka masa penjang. Dalam jangka pendek kami telah melihat nilai inovasi kami
melalui nilainya berdasarkan pesaing inovasi kami iaitu i-Thinking iaitu adakah sesuatu
alat-alat berfikir atau tools yang digunakan itu mempunyai nilai bersifat mati atau tidak,
murid dapat berfikir dengan menggunakan aras yang tinggi atau tidak, ada unsur 4K atau
2

