Page 10 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 10
vii. Kumpulan Al-Kahfi mendapat tawaran untuk menyertai konvensyen
International Quality & Productivity Convention (IQPC) 2017, Padang Indonesia
pada 27 – 30 November 2017.
viii. Kumpulan Al-Kahfi terpilih menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat
Kebangsaan (NTEx) 2017 sempena Annual Productivity & Innovation Conference
and Exposition (APIC) 2017 pada 14 – 16 November 2017.
Pihak pengurusan tertinggi IPGKTAR memberi kelulusan dan sokongan yang padu
kepada kumpulan Al-Kahfi untuk terlibat secara aktif dalam mana-mana pertandingan
KIK sehingga ke peringkat tertinggi yang mampu dicapai oleh kumpulan ini. Pihak
pengurusan tidak menghalang kumpulan Al-Kahfi untuk bergerak secara aktif walaupun
tiada peruntukan khas. (Rujuk Lampiran Surat Kelulusan).
3. SIGNIFIKAN PROJEK
Tajuk Inovasi: TABSOR + ABC
Pernyataan Masalah: Kemahiran Berfikir Murid Rendah
Terdapat beberapa sebab dan bagaimana masalah ini dikenal pasti dengan mengaitkan
beberapa aspek seperti di bawah:
(a) Kaitan dengan Fungsi Jabatan, Visi dan Misi Jabatan, Piagam Pelanggan dsb
Projek kumpulan Al-Kahfi yang bertajuk TABSoR + ABC amat menepati visi IPG sebagai
Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru, dengan misi IPG untuk melahirkan guru yang
kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah
pendidikan sekolah bertaraf dunia. Projek ini selari dengan keperluan dan tuntutan
semasa dunia Pendidikan abad ke-21 yang mengutamakan empat ciri, iaitu komunikasi,
kolaborasi, kritis dan kreatif. Projek ini juga memenuhi keperluan aspirasi dan matlamat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
(b) Memenuhi pihak pelanggan.
Produk yang dihasilkan oleh kumpulan Al-Kahfi merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang diperlukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu
Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia meningkatkan taraf pendidikan
masyarakat. Produk TABSoR + ABC memenuhi keperluan pendidikan dalam usaha
menguasai, mempraktik dan membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Oleh
itu, kita dapat melahirkan generasi yang boleh berkomunikasi, berkolaborasi, kritis dan
berdaya cipta atau mencipta.
5

