Page 12 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 12
maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan
untuk meneroka dan mengakses maklumat dengan lebih mendalam.
Maka, aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diperkenalkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Aplikasi KBAT melibatkan kemahiran intelek yang
tinggi kerana memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan
menganalisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah
dan membuat perancangan. Impaknya, kita dapat melahirkan murid yang berupaya
mencipta, proaktif serta berdaya saing dengan orang sekeliling.
ii. Memantapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui Kaedah PdP TABSoR+ABC
KBAT mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal,
pemikiran reflektif dan metakognitif. Secara mudahnya, murid memperoleh sesuatu data
atau maklumat kemudian memprosesnya dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula
dalam pelbagai bentuk. Penguasaan terhadap kemahiran ini membolehkan murid
membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat
mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan
maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baharu dan
memberikan pendangan dari pelbagai dimensi. Disinilah dikatakan wujudnya pemikiran
berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta dalam kalangan murid.
Melalui kaedah TABSOR+ABC, guru-guru akan dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada pada murid. Murid akan dapat mengawal, memandu dan mengukur
pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih
produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman
dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan
guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah
didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan
perguruan di IPG atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus
ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang
terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh
dilakukan untuk menerapkan KBAT ialah dengan mengaplikasikan kaedah TABSOR+ABC
dalam PdP dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa
proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid
untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada
sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.
7

