Page 11 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 11
(c) Kaitan dengan agenda nasional/local (tempatan) / keadaan dan ekosistem semasa.
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem
pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan,
mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan
pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan kaedah TABSOR+ABC
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) para guru akan dapat membantu
meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) para pelajar serta akan dapat
menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa
terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA)
dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
(d) Signifikan scenario dikenal pasti.
Dari sudut Pendidikan, Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan kesinambungan
daripada PPPM 2013-2025 yang memberi fokus terhadap kemenjadian murid dalam
usaha memacu kemajuan sistem pendidikan negara. TABSoR + ABC dihasilkan untuk
memenuhi keperluan TN50iaitu untuk mempertingkat prestasi pendidikan negara sekali
gus membentuk generasi muda yang mampu berdaya saing di peringkat global.
Penghasilan TABSoR + ABC sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
memberi penekanan terhadap usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
i. Kepentingan KBAT dalam pendidikan
Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
pendidikan masa lampau. Jika suatu ketika dahulu, komunikasi dua hala antara guru dan
murid-murid sudah memadai, namun tahap pendidikan masa kini menuntut kemahiran
berfikir di luar kotak dan kehendak jawapan pula memerlukan cara berfikir aras tinggi.
Justeru, dalam memenuhi tujuan itu, kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013–2025 telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk
melahirkan golongan murid yang bukan saja berfikiran kritis dan kreatif malahan untuk
melahirkan pelajar yang produktif, mahir berkomunikasi, serta cekap menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Murid-murid kini lebih terdedah dengan
6

