Page 28 - DSKP PEMULIHAN KHAS MATEMATIK
P. 28

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
                                                                                                                                    PROGRAM PEMULIHAN KHAS

                3.  Nilai Murni                                                               5.  Patriotisme

                   i.  Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran                   i.  Semangat  patriotik  dapat  dipupuk  melalui  semua  mata
                     supaya      murid    sedar     akan     kepentingan     dan                    pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.
                     mengamalkannya.                                                             ii.  Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai
                   ii.  Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan                    semangat  cintakan  negara  dan  berbangga  sebagai  rakyat
                     kewarganegaraan  kebangsaan  dan  global  yang  menjadi                        Malaysia.
                     amalan dalam kehidupan harian.
                                                                                              6.  Kreativiti dan Inovasi
                4.  Sains dan Teknologi                                                          i.  Kreativiti  adalah  kebolehan  menggunakan  imaginasi  untuk
                   i.  Menambahkan  minat  terhadap  sains  dan  teknologi  dapat                   mengumpul,  mencerna  dan  menjana  idea  atau  mencipta
                     meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan                     sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan
                     murid.                                                                         idea yang ada.
                   ii.  Penggunaan teknologi  dalam  pengajaran  dapat membantu                  ii.  Inovasi  merupakan  pengaplikasian  kreativiti  melalui  ubah
                     serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap                          suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
                     dan berkesan.                                                               iii. Kreativiti  dan  inovasi  saling  bergandingan  dan  perlu  untuk
                   iii. Pengintegrasian   Sains   dan   Teknologi   dalam   PdP                     memastikan  pembangunan  modal  insan  yang  mampu
                     merangkumi empat perkara iaitu:                                                menghadapi cabaran abad ke-21.
                     a)  Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep                 iv. Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP.
                          yang berkaitan dengan sains dan teknologi).
                     b)  Kemahiran  saintifik  (proses  pemikiran  dan  kemahiran             7.  Keusahawanan
                          manipulatif tertentu)                                                  i.  Penerapan  elemen  keusahawanan  bertujuan  membentuk

                     c)  Sikap     saintifik   (seperti   ketepatan,   kejujuran,                   ciri-ciri  dan  amalan  keusahawanan  sehingga  menjadi  satu
                          keselamatan).                                                             budaya dalam kalangan murid.
                     d)  Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.                                ii.  Ciri  keusahawanan  boleh  diterapkan  dalam  PdP  melalui
                                                                                                    aktiviti  yang  mampu  memupuk  sikap  seperti  rajin,  jujur,
                                                                                                    amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda
                                                                                                    kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.



                                                                                    21
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33