Page 80 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 80
Pemartabatan Kesusasteraan Melayu Dalam Pendidikan Di Malaysia: Satu Tinjauan
Arfah binti Ahamad, Ph.D
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
arfah@ipsah.edu.my
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau kedudukan pemartabatan subjek Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan di
Malaysia. Tinjauan kajian ini memfokuskan subjek Kesusasteraan Melayu (KM) tingkatan 4 dan 5 atau dikenali sebagai
Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) bermula pada tahun 2020. Sejarah pendidikan Kesusasteraan Melayu di
Malaysia telah bermula sejak zaman pendudukan Inggeris sehinggalah pada hari ini. Pelbagai perubahan berlaku dalam
pendidikan Kesusasteraan Melayu, antaranya dalam Laporan Barnes 1951 dan Penyata Razak 1956. Selepas negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, subjek Kesusasteraan Melayu mula diperkenalkan untuk murid tingkatan 4
dan 5 di sekolah Inggeris dan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) untuk murid tingkatan 6. Bermula pada
tahun 1962, subjek Kesusasteraan Melayu diperkenalkan pula dalam peperiksaan Sijil Muridan Malaysia (SPM) sebagai
subjek pilihan. Manakala pada tahun 1984 Sukatan Pelajaran (SP) Kesusasteraan Melayu (KM) tingkatan 4 dan 5 telah
diterbitkan dan diguna pakai pada tahun 1985. Bemula pada tahun 1984 sehingga 2019, terdapat empat (4) fasa semakan
ke atas SP KM iaitu pada tahun 1984, 1991, 2000 dan 2003. Selaras dengan perkembangan dan perubahan dasar
kurikulum pendidikan Malaysia, subjek KM juga menerima anjakan paradigma tersebut. Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan
pada tahun 2017 bagi murid tingkatan 1, dan ini bermakna subjek KM KSSM (menggantikan SP KM) dilaksanakan
bagi murid tingkatan 4 pada tahun 2020. Justeru, berdasarkan pelbagai perubahan tersebut, kajian ini meninjau akan
kedudukan pemartabatan subjek Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan di Malaysia.
Kata kunci: Pemartabatan, Kesusasteraan Melayu dan pendidikan di Malaysia
---------- +++++ ----------
Teka-Teki Melayu Membina Intelek Kanak-Kanak
Fadzilah Binti Abdul Rahim, Muammar Ghaddafi Bin Hanafiah, Ph.D
Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Bangi
azdila16@gmail.com
Abstrak
Teka-teki Melayu khazanah puisi tradisional. Puisi rakyat ini berperanan sebagai permainan menduga akal dalam
kalangan masyarakat Melayu yang membezakan dengan tradisi puisi lisan yang lain. Dalam teka-teki Melayu
terkandung soalan untuk diteka. Permasalahan kajian meneliti teka-teki Melayu sebagai kaedah belajar bagi kanak-
kanak bermain dalam bentuk persembahan melalui pertandingan teka-teki yang sekaligus boleh membina lima elemen
intelek kanak-kanak. Bentuk persembahan berlaku apabila kanak-kanak berekspresi perasaan, fikiran dan imaginasi
semasa menyampaikan dan menjawab teka-teki Melayu. Penelitian kajian adalah bersifat deskriptif kualitatif yang
melibatkan 6 orang guru dan 42 orang kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Bandar Putera, Ipoh. Data yang diperoleh
melibatkan kanak-kanak dari pra sekolah sehingga tahun 6 menyertai pertandingan teka-teki Melayu di dalam kelas
mata pelajaran bahasa Melayu selama 60 minit. Penelitian kajian adalah menggunakan teknik simulasi hasil rakaman
persembahan melalui pertandingan teka-teki Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pertandingan teka-teki Melayu
sebagai penggabungjalinan pengajaran sastera dan penyerapan dapat membina lima elemen intelek iaitu kepantasan,
kebijaksanaan, rasional, berdikari dan kerajinan.
Kata kunci: menduga akal, persembahan pertandingan teka-teki Melayu kanak-kanak, intelek
KONBA YU KONVENSYEN BAHASA MELA YU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELA YU 79
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
79

