Page 75 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 75
Standard Bahasa Penulisan Teks Ucapan
dari Perspektif Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)
1 Zanariah Ibrahim, Ph.D, Siti Hajar Idrus, Ph.D
2
1 Institut Pendidikan Guru Malaysia
2 IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
zanariah@epembelajaran.edu.my
Abstrak
Teks ucapan merupakan satu wahana penyampaian mesej dalam sesuatu majlis rasmi. Penulisan teks ucapan memerlukan
penguasaan kemahiran menulis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokum
Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan standard kualitibahasa penulisan teks ucapan dalam majlis-majlis rasmi.
Sebanyak 20 teks ucapan telah dijadikan sampel kajian. Teks ucapan ini telah ditulis untuk menyampaikanucapan
dalam majlis-majlis rasmi di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Teks ucapan yang dikaji telah
dianalisis dengan menggunakan rubrik tahap dan aras kemahiran menulis berdasarkan standard kompetensi berbahasa
Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Dapatan menunjukkan 25% daripada teks ucapan yang dikaji mencapai
standard kompetensi berbahasa KSBM pada Tahap 6, 55% mencapai Tahap 5 dan 20% teks ucapan mencapai Tahap 4.
Bahasa dalam teks yang dikaji menggunakan bahasa Melayu tinggi dan bahasa berbudaya. Mesej ucapan mengandungi
unsur keindahan berbahasa dengan menggunakan pepatah, peribahasa, pantun, dan teromba. Berdasarkan KSBM,
penggunaan bahasa indah ini terkandung dalam elemen bahasa Melayu tinggi dan bahasa berbudaya.
Kata kunci: Teks ucapan, standard bahasa, Kerangka Standard Bahasa Melayu keindahan berbahasa
---------- +++++ ----------
Keberkesanan Pengurusan Grafik Bagi Meningkatkan Penjanaan Idea
Murid Tahun Empat Dalam Penulisan Karangan Ekspositori
Juariah binti Marjonet, Ph.D, Albert Hii Ting Han
IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
juairiah@ipgkbm.edu.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pengurusan grafik bagi meningkatkan penjanaan idea murid Tahun 4
dalam penulisan karangan ekspositori. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi
eksperimental. Ujian pra dan ujian pasca telah digunakan terhadap kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel
bagi kajian ini adalah terdiri daripada dua kelas bagi murid Tahun 4. Pengkaji memilih 2 kelas sebagai sampel kajian.
Sebuah kelas telah menjadi kumpulan rawatan, manakala sebuah kelas lagi dijadikan sebagai kumpulan kawalan.
Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa tahap pencapaian murid bagi murid kumpulan rawatan meningkat setelah
mengaplikasikan pengurusan grafik selepas ujian walaupun tidak terdapat perbezaan skor yang signifikan antara
kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Selain itu, kajian ini berupaya memberikan implikasi dalam pendidikan
murid sekolah rendah terutamanya murid Tahun 4 bagi menambah baik pencapaian mereka dalam kemahiran menulis,
iaitu penulisan karangan ekspositori. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah dan guru-guru disarankan
menggunakan pengurusan grafik bagi meningkatkan penjanaan idea murid dalam penulisan karangan ekspositori.
Kata kunci: Pengurusan Grafik, Penjanaan Idea, Karangan Ekspositori
7
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 73

