Page 79 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 79
Penguasaan Kemahiran Menulis Tahap 5 KSBM
Bagi Guru-Guru Bukan Opsyen Bahasa Melayu: Suatu Analisis
1 Shamsudin Abu Bakar, Hasnah binti Awang, Ph.D,
2
4
3 Siti Salamah binti Mohamad Yusof, Zawahir bin Ismail
1,2 Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh, Perak
3 IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
4 Institut Aminuddin Baki
shamsudin@ipgmipoh.edu.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan pencapaian guru-guru bahasa Melayu bukan opsyen berdasarkan Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) bagi kemahiran menulis Tahap 5 Aras 1 iaitu berupaya untuk mengenal pasti idea yang
bernas dalam penulisan yang berfokus tentang bidang tertentu dan memilih diksi untuk menghasilkan penulisan cerita
yang mengandungi pemikiran tinggi. Sampel berdasarkan 14 responden dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang
melibatkan PPD Gombak, Hulu Langat, Klang dan Kuala Langat. Dua set ujian disediakan mengikut aras pencapaian
yang ditetapkan KSBM. Dapatan menunjukkan kumpulan besar gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penilaian
tahap pencapaian tersebut.
Kata kunci: Kemahiran Menulis, KSBM, dan bukan opsyen
---------- +++++ ----------
Penggunaan Bahasa Rojak Dalam Kalangan Siswa Guru
Di IPG Kampus Bahasa Melayu
Mazura binti Sulaiman, Wak Chu A/P Wok
Jabatan Pedagogi Bahasa Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
mazura_sulaiman@ipgkbm.edu.my
Abstrak
Penggunaan bahasa bukan sahaja mencerminkan budaya malah secara tidak langsung mencerminkan personaliti
penggunanya. Seiring dengan peredaran zaman satu dimensi cabaran berlaku terhadap penggunaan bahasa
kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang tidak dapat lari dari tempias
cabaran ini. Sebagai guru bahasa Melayu penggunaan bahasa Melayu baku amat dituntut. Kajian ini dijalankan untuk
meninjau tahap penggunaan, punca penggunaan dan bentuk Bahasa drojak sejauh mana penggunaan bahasa rojak
dalam kalangan siswa guru pengkhususan bahasa Melayu. 42 orang siswa guru Semester 2, Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan pengkhususan bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 dilibatkan sebagai responden untuk kajian ini.
Instrumen soal selidik yang mengandungi sepuluh item digunakan untuk mendapat data tiga tema yang difokuskan. Nilai
Apha Cronbach item soal selidik ini ialah 0.75. Dapatan kajian mendapati penggunaan bahasa rojak amat ketara dalam
kalangan responden terutama yang melibatkan komunikasi lisan iaitu melebihi 80%. Dapatan kajian juga mendapati
terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan hal ini berlaku terutamanya untuk melancarkan komunikasi dengan
75%. Dari segi bentuk bahasa rojak yang digunakan kebanyakan responden sering mencapuradukkan bahasa Melayu
baku dengan loghat daerah masing-masing iaitu melebihi 75%. Meskipun ada kesedaran perlunya menggunakan
bahasa Melayu baku namun kerana kekangan-kekangan yang ada menyebabkan sukar bagi siswa guru ini memenuhi
tuntutan tersebut. Usaha perlu dilakukan untuk mengelakkan permasalahan ini berterusan terutama dalam kalangan
siswa guru kerana mereka merupakan suri teladan apabila bertugas di sekolah nanti.
Kata kunci: bahasa Melayu baku, bahasa kebangsaan, bahasa rojak, suri teladan
7
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 77

