Page 76 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 76
Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu (PAKM) dengan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) Tingkatan 4 & 5:
Satu Analisis Aspek Kesesuaian
Shamsudin Bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani Hassan
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh, Perak
shamsudin@ipgmipoh.edu.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan Modul PAKM yang dibangunkan pada tahun 2017 dalam aspek kandungan
pedagogi sangat bersesuaian dengan DSKP KSSM KMK Tingkatan 4 & 5 dalam aspek keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran sastera bagi setiap genre dengan analisis responden dalam kalangan guru di negeri Perak. Modul yang
dibangunkan mengikut setiap genre sastera moden dan tradisional yang menekankan aspek pengajaran dan pembelajaran
yang berteraskan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). DSKP yang dibina juga turut menguji pelajar berasaskan
pembangunan TMK dalam mempersembahkan karya sebagai satu alat pengukur kebolehcapaian pelajar. Oleh itu,
kajian ini membuktikan pengaplikasian TMK seperti VideoScribe dan ClassTools dalam pengajaran dan pembelajaran
akan dapat menrangsang minat belajar dalam kalangan pelajar yang memilih mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
Pelajar-pelajar sekolah perlu mempunyai kualiti yang tinggi dalam arus pemikiran yang bersaing dalam era globalisasi.
TMK telah menjadi budaya dalam diri pelajar-pelajar pada hari ini. Pengaplikasian TMK menjadi suatu strategi menarik
minta pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Kajian ini berdasarkan pendekatan
kualititatif, iaitu untuk melihat kesesuaian Modul PAKM dengan DSKP KSSM KMK.
Kata kunci: Modul PAKM, DSKP KSSM KMK, TMK, Kesesuaian
---------- +++++ ----------
Pengaplikasian Teknik Know-Want-Learned-How (KWLH)
Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Kemahiran Membaca Intensif
Bahasa Melayu Tahap Dua
Khoo Yu Ting, Norhayati binti Md Yatim, Ph.D
IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
khoo09-970@epembelajaran.edu.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaplikasian teknik Know-Want-Learned-How (KWLH) dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) kemahiran membaca intensif bahasa Melayu Tahap Dua. Kajian kualitatif ini menggunakan reka
bentuk kajian fenomenologi yang dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di Sentul, Kuala Lumpur. Tiga responden
terpilih adalah terdiri daripada guru yang mengajar bahasa Melayu pada Tahap Dua. Data kajian diperoleh menerusi
kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokum Data dianalisis secara manual dan
dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil responden kajian dan data berdasarkan kepada soalan
kajian. Pelaksanaan kajian menunjukkan guru telah mengaplikasikan teknik KWLH dengan menggunakan lima langkah
dalam kemahiran membaca intensif, iaitu merangsangkan pengetahuan sedia ada murid, membimbing murid meneliti
kehendak petikan, membimbing murid meneliti isi penting daripada petikan, membimbing murid untuk berkongsi idea
dan pendapat serta membimbing murid untuk berfikir kritis berdasarkan petikan. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan
dapat memberi input kepada guru untuk menjadikan teknik KWLH sebagai medium penting dalam PdPc bahasa Melayu
supaya dapat meningkatkan kemahiran membaca intensif dalam kalangan murid Tahap Dua.
Kata kunci: Pengaplikasian, Teknik KWLH, Pengajaran dan Pemudahcaraan, Kemahiran, Membaca Intensif
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 75

