Page 78 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 78
Reka bentuk Pembinaan Modul Kadimel Tatabahasa
Pelajar Kolej Vokasional
2
1 Thibbah A/P Gatanagayan, Fadzilah bte Amzah
1 Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang
2 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM, Pulau Pinang
thibbah84@student.usm.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul yang berkesan dan interaktif bagi mengatasi masalah ketidakupayaan
pelajar untuk mahir dalam kosa kata Bahasa Melayu. Kajian awal membuktikan majoriti pelajar khususnya pelajar kolej
vokasional tidak dapat membina ayat yang gramatis berdasarkan kosa kata yang sesuai selain menghadapi isu motivasi
yang rendah dan bahan pembelajaran yang terhad bagi subjek Bahasa Melayu. Hal ini secara langsung akan mengganggu
proses pembelajaran pelajar untuk menguasai kosa kata Bahasa Melayu dengan baik. Hasil kajian terdahulu mendapati
kad imbas elektronik yang dibangunkan melalui aplikasi Quizlet dikenali sebagai aplikasi web kad imbasan iaitu web-
based flashcard program yang sesuai bagi membina sebuah modul pembelajaran kosa kata. Pembinaan modul yang
dikenali sebagai Modul Kadimel ini berdasarkan turutan dan langkah dalam Model ADDIE dengan mengintegrasikan
teknologi dan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini diharap modul berbantukan multimedia ini
dapat meningkatkan pencapaian kosa kata bagi pembelajaran Bahasa Melayu selain membantu pelajar mengekalkan
informasi kosa kata dengan cara kreatif.
Kata kunci: kosa kata, modul, multimedia, aplikasi Quizlet dan model ADDIE
---------- +++++ ----------
Tahap Penguasaan Simpulan Bahasa
Dalam Kemahiran Menulis Murid Tahun 5
Nur Ain binti Ahmad Tarmidi, Azman bin Rahmat, Ph.D
IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
ain09-860@epembelajaran.edu.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis iaitu penulisan ayat
atau karangan. Seramai 24 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah kebangsaan di sekitar kawasan Sungai Besi, Kuala
Lumpur terlibat sebagai peserta kajian. Kajian ini merupakan kajian gabungan yang menggunakan reka bentuk tinjauan.
Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam menganalisis data. Pengumpulan data kuantitatif dalam kajian ini
diperolehi melalui instrumen ujian simpulan bahasa yang merangkumi 10 soalan manakala kajian kualitatif terdiri
daripada tiga orang murid yang dianalisis dokumen pengujian dan hasil kerja murid dan temu bual guru mata pelajaran
bahasa Melayu. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi
26.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Tambahan pula, objektif kajian ini juga adalah untuk menganalisis
penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid Tahun 5. Justeru, Teori Relevans telah digunakan untuk mengkaji
kefahaman makna dan penggunaan simpulan bahasa dalam ayat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap
penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid Tahun 5 adalah pada tahap yang memuaskan. Seramai
10 orang murid (41.7%) dapat membina ayat berdasarkan simpulan bahasa yang dipelajari dengan tepat. Kesimpulannya,
hasil kajian ini berkepentingan untuk meningkatkan aspek keindahan berbahasa murid menggunakan simpulan bahasa
dalam penulisan ayat.
Kata kunci: Tahap penguasaan, simpulan bahasa, kemahiran menulis, kajian gabungan, ujian simpulan bahasa, temu
bual, analisis dokumen
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 77

