Page 20 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 20

buku  rampaian  murid bagi  setiap  kerja  semakan  atau  pemeriksaan  yang  dibuat.  BUKU  LATIHAN
               MESTI ADA INDEKS.
            7.  Guru  ganti  (relief)  diminta  mengajar  mata  pelajaran  yang  terdapat  pada  jadual  waktu  atau
               mengajar mana-mana tajuk dalam mata pelajaran tertentu yang berfaedah kepada murid. Sengaja
               duduk dalam kelas adalah TIDAK dibenarkan .

            8.  Jangan benarkan murid meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang munasabah. Guru
               yang  membenarkan  murid-murid  keluar  kelas  MESTILAH  memberi  PAS  KELUAR       sebagai  tanda
               mendapat kebenaran dari guru berkenaan untuk keluar kelas.
            9.  Setiap guru mestilah menentukan bahawa  bilangan murid dalam kelasnya adalah sama dengan
               bilangan yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas.
            10. Pengajaran  dan  pembelajaran  hendaklah  menarik  dan  berkesan.  Guru  hendaklah  memastikan
               persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta strategi PdP yang berkesan.
               Semua  guru  WAJIB  menggunakkan  pengajaran  menggunakan  kaedah  PAK  21  DAN  PENYOALAN
               YANG MEMPUNYAI CIRI CIRI KBAT



        KETEPATAN MASA


            1.  Ketepatan masa guru penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh murid-murid.
            2.  Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu yang telah ditetapkan
               dalam jadual waktu. Guru adalah bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di

               kelas; PdPc hendaklah diberi keutamaan. Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain.
            3.  Guru-guru  tidak  dibenarkan  meninggalkan  kelas  ketika  waktu  mengajar.  Kalau  terpaksa
               meninggalkan  kelas  kerana  kecemasan  atau  sebab  yang  penting,  guru  berkenaan  dinasihatkan
               supaya  memberi  kerja  secukupnya  dan  menentukan  disiplin  murid  sekolah  terkawal  sebelum
               meninggalkan kelas. Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah atau yang terhampir.


        AKTIVITI KOKURIKULUM


            1.  Semua  guru  wajib  hadir  perjumpaan  kokurikulum  mengikut  masa,  jadual  dan  bidang  yang  telah
               ditetapkan.
            2.  Menjalankan aktiviti di tempat / bilik yang dikhaskan.
            3.  Menyampaikan laporan aktiviti kepada penyelaras masing-masing.
            4.  Semua guru digalakkan memakai baju uniform masing-masing pada setiap hari Rabu.

         TUGAS PROFESION DAN TUGAS KHAS LAIN



            1.  Guru akan diberi tugas-tugas akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum serta pentadbiran. Oleh
               itu, perlu melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
            2.  Guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / wakil.
            3.  Setiap  guru  mata  pelajaran  dikehendaki  memastikan  bilangan  murid  mencukupi  sebelum  pdp
               bermula dan merekod dalam Buku Kawalan Positif ABC.


                                                                                                               16
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25