Page 17 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 17
3. Sebagai contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid, guru-guru lelaki dinasihatkan supaya
menyimpan rambut yang sesuai. Mereka yang berambut panjang dikehendaki supaya
memendekkannya.
4. Semua guru diwajibkan memakai Tanda Nama di dada sebelah kiri ketika menjalankan tugas-tugas
rasmi sekolah dan di luar sekolah. Guru-guru yang belum mempunyai tanda nama diharap dapat
menyediakannya sendiri.
5. Guru-guru lelaki dikehendaki memakai pakaian rasmi yang lengkap dan bertali leher atau
memakai “bush jacket” pada masa majis atau perhimpunan rasmi.
6. Selipar, capal dan sandal tidak digalakkan dipakai di kawasan bangunan sekolah .
PELAWAT
1. Individu/ orang luar / ejen-ejen syarikat yang hendak berjumpa dengan guru-guru atau kakitangan
sekolah hendaklah mendapat kebenaran pengetua terlebih dahulu.
PEJABAT SEKOLAH
1. Pejabat sekolah adalah tempat bekerja dan tersimpannya rekod-rekod dan dokumen-dokumen
penting. Ianya bukan tempat untuk berehat.
2. Guru-guru / kakitangan sekolah dan murid-murid tidak perlu berada di pejabat sekolah tanpa
sebarang urusan.
3. Alat-alat atau barang-barang keperluan pejabat tidak boleh dibawa keluar tanpa mendapat
kebenaran terlebih dahulu. Sila rekodkan ke dalam buku jika menggunakan atau meminjam alat-alat
atau barang-barang pejabat.
4. Pejabat sekolah bererti pejabat am yang termasuk bilik pengetua, guru-guru penolong kanan dan
Bilik Cetak.
BILIK REHAT GURU
1. Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan, kekemasan, keindahan dan keselesaan
bilik guru.
2. Jangan membenarkan murid-murid masuk ke bilik guru tanpa kebenaran atau bersama guru.
3. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak menyimpan barang-barang bernilai dan berharga mahal di
dalam bilik guru. Sebarang kehilangan atau kerosakan adalah tanggungjawab guru itu sendiri.
4. Kelab guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik guru dan memastikan bilik sentiasa
kemas, bersih dan teratur.
KERJA SAMBILAN
1. Guru-guru yang ingin membuat kerja sambilan di luar waktu sekolah seperti guru tuisyen, jurujual,
agen insurans dan lain-lain hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu dengan menggunakan
13

